Mydin tampil jelaskan kenapa cop resit pembeli sebelum keluar kedai

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Seorang TikToker, Iman Kamil, telah mencetuskan perbincangan apabila mempersoalkan amalan menunjukkan resit pembelian

kepada pengawal keselamatan untuk dicop selepas selesai membeli-belah di pasar raya tertentu.

Menurutnya, prosedur ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah individu, tetapi dia ingin memahami tujuan sebenar di sebalik amalan tersebut.

“Kenapa Perlu Cop Resit?”

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Iman, yang mempunyai lebih 260,000 pengikut, menunjukkan situasi dirinya di sebuah pasar raya.

Mydin tampil jelaskan kenapa cop resit pembeli sebelum keluar kedai

“Kenapa setiap kali beli barang, resit kena tunjuk dekat pengawal keselamatan untuk dicop? Kalau tak cop, tak boleh ke? Sebab ada je pasar raya lain yang tak perlu cop atau tunjuk resit,” katanya.

Iman turut berkongsi rakaman proses pengawal keselamatan mengecop resit pembeli, sambil bertanya sama ada tujuan utama prosedur itu adalah untuk mengelakkan kecurian.

Respon Netizen

Hantaran Iman telah menarik perhatian ramai netizen, yang berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi sama ketika membeli-belah.

“Di tempat saya, ada dua kaunter. Mula-mula kena imbas barang, kemudian bayar sama ada guna tunai atau kad. Lepas tu, resit kena cop sebelum boleh keluar dari kawasan palang. Kadang-kadang stres juga,” kata seorang netizen.

Penjelasan dari Mydin Malaysia

Mydin, salah satu rangkaian pemborong dan peruncit terbesar di Malaysia, tampil memberi penjelasan berkenaan prosedur ini.

Menurut mereka, amalan mengecop resit adalah untuk memastikan resit telah disahkan dan mengelakkan kes kecurian.

“Ada kes pelanggan masuk semula ke pasar raya selepas selesai membeli-belah, kemudian mengambil barang yang sama tanpa membayar.

Jadi, mereka dapat dua atau tiga barang menggunakan resit yang sama. Proses cop ini hanya untuk memastikan semua terkawal,” jelas pihak Mydin.

Walaupun dianggap remeh oleh sesetengah pihak, langkah ini bertujuan untuk melindungi hak penjual dan mengelakkan sebarang kerugian.

BACA: Rumah penuh 1 tan sampah, warga emas terpaksa tidur di beranda berdindingkan selimut