Mustafa Ali kembali bersuara melihat gelagat pemimpin PAS yang bercelaru

Tiba-tiba nama Mustafa Ali timbul balik dan kelibatnya muncul balik setelah lama mendiamkan diri….. Sebab nampak dia kurang senang dengan gelagat Tuan Ibrahim, Khairudin Takiri, dan Takiyudin sekarang, sejak jadi menteri/timbalan yang dikira boleh menjatuhkan imej PAS.

Cikgu Pa ni, dia bukan ustaz atau lebai…. Seumur hidup saya tak pernah tengok dia pakai serban… Dalam banyak keadaan, dia pakai seluar panjang dan kemeja, walaupun hampir semua pimpinan PAS pakai jubah dan serban, termasuk ulamak ketot si Mokhtar Senik.

Selepas Muktamar Agong Kuala Selangor yang menyaksikan 18 orang pimpinan utama, hubungan Cikgu Pa dengan G-18 itu masih baik….. Bahkan ada berita yang sampai kepada saya, Cikgu Pa lah yang nasihatkan geng Abang Mat ni tubuh parti baru.

Sekarang ada bibit-bibit keretakan di dalam kepimpinan tertinggi PAS…. Cikgu Pa sakit mata tengok telatah menteri/timbalan yang darat dan sengal.

Tuan Ibrahim baru perasan Cikgu Pa murka kat dia….. tengoklah muka lebai kemetot ni sekarang, macam muka kambing kena hujan.

Sumber: