Muslihat Sanusi bangkit isu tuntutan bayaran air dari Pulau Pinang dibongkar peguam ini…

Semalam, beberapa orang sahabat di Kedah hantaq video klip ni, yg merupakan reaksi dan komen ringkas sahabat saya, YAB Sanusi, yg juga merupakan menteri besaq Kedah yg diberikan amanah mentadbir negeri Kedah hari ni. Depa mintak komen lanjut saya memandangkan saya baru komen sikit ttg isu yg sama baru2 ni.

Kadang2 serba salah jadinya bila nak komen lagi tentang Isu yg sangat jelas, terang, lagi kan bersuluh. Saya rasa, sdr Sanusi sendiri tahu dan faham sangat tentang isu2 yg dia sendiri bangkitkan, dan apakah Locus Standii (hak di sisi undang2) serta pilihan yg ada berkenaan isu ayaiq ni.

Sebagai Ketua kerajaan di Kedah, yg punya segala akses kepada nasihat2 perundangan yg jelas dari YB Penasihat Undang2 Negeri Kedah, dan juga dari rakan2 pengamal undang2 swasta di Kedah, dia pasti tahu bahawa Kedah tidak punya sebarang locus standii yg jelas untuk menuntut sebarang bayaran dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Bahkan, Kedah juga tiada locus standii utk tuntut sebarang pampasan dari Kerajaan Persekutuan berkenaan isu ayaiq antara negeri Kedah & Pulau Pinang.

Kalaulah wujud hak2 tersebut dari sudut perundangan, sudah pasti beliau sudah lama mengarahkan Penasihat Undang2 Negeri mengambil langkah yg wajar dan matang, dengan membawa isu ini utk diberikan pertimbangan perundangan di mana2 mahkamah di Malaysia.

Secara peribadi saya merasakan rengekan dan reaksi seperti ini akan berterusan, bagi memanjangkan isu ini, seperti mana yg sering dibuat oleh mantan2 menteri besaq Kedah sebelum dari beliau, untuk memancing simpati, sekaligus memainkan emosi beberapa kerat rakyat Kedah, khususnya para pengundi beliau, terutamanya yg tidak berapa nak paham kedudukan sebenaq isu ini dari aspek sejarah dan perundangan, memandangkan beliau & ‘penasihat2’ yg sedia ada sudah terlalu jauh terlajak mensensasikan isu tuntutan bayaran ayaiq dari kerajaan Pulau Pinang ini.

Dari satu aspek yg lain, dengan terus mensensasikan isu tuntutan bayaran ayaiq ni, ianya sekaligus dapat mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenaq yg lebih besaq di Kedah, iaitu KEGAGALAN dan/atau KETIDAKMAMPUAN dan/atau KELEMAHAN kerajaan negeri sedia ada (kerajaan dulu sebelum-sebelum ni pun lebih kurang sama jugak), untuk menyelesaikan isu2 asas yang berkaitan masalah bekalan ayaiq bersih di seluruh Kedah. Saban kali kerajaan bertukaq di Kedah, isu bekalan ayaiq bersih di seluruh Kedah tak pernah selesai.

Dan pada masa yg sama, hampir ke semua mantan2 Menteri Besaq Kedah sebelum dari ni, dok jaja isu yg sama, iaitu tuntutan bayaran bekalan ayaiq mentah ke Pulau Pinang melalui Sungai Muda, utk mengalih perhatian rakyat dari kegagalan mereka menyelesaikan masalah ayaiq rakyat di Kedah.

Nasihat ringkas saya…. HENTIKAN rengekan, focus kepada bagaimana nak selesaikan dulu isu bekalan ayaiq di Kedah, & move on memikirkan pelan tindakan yg jelas, realistik dan praktikal, bagaimana membantu rakyat Kedah berdepan dengan kesan jangka pendek dan jangka panjang, bagi menghadapi kegawatan ekonomi & sosial, akibat dari pandemik Covid-19 yg sedang melanda seluruh negara, khususnya negeri Kedah.

Cukup2 lah berpolitik & berpolemik….

Wallahualam…

Saiful Izham Ramli

Berita penuh : https://perakinsights.com/2021/05/22/panas-peguam-ini-dedah-muslihat-sanusi-sensasikan-isu-tuntutan-bayaran-air-dari-kerajaan-pulau-pinang/

COMMENTS

Wordpress (0)