Usianya masih muda dan dia mungkin masih tidak memahami apa yang sedang diperjuangkan oleh barisan hadapan, tetapi itu bukanlah alasan untuk adik Nur Afiq Qistina Zamzuri, 9 tahun bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain menunaikan tanggungjawab kepada negara.
Kemahiran menjahit yang dipelajari daripada ibunya sejak usia 5 tahun lagi digunakan untuk menyiapkan kira-kira 100 helai pakaian peralatan perlindungan diri ( PPE ) untuk kegunaan petugas barisan hadapan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Syabas dan tahniah Tok Min ucapkan kepada adik Nur Afia, juga kepada kedua ibu – bapanya.
Tok Min rasa bangga dan terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan kerana bukan calang-calang anak kecil seusianya mempunyai kemahiran menjahit.
Terima kasih Tok Min ucapkan atas semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan.
Sumber: