Mulai hari itu, aku menjarakkan diri dari Pas

Boleh dikatakan, aku ini dari kecil ditarbiah bawah asuhan perjuangan PAS. Sampai meningkat dewasa pn berkecimpung dgn PAS.

Sehinggalah satu masa yg mendorong aku tinggalkan PAS adalah kerana sikap mereka sendiri.

Ramai dikalangan ahli termasuk pemimpin mereka menggunakan perkataan kesat, nista dan maki hamun.

Berbeza pandangan dgn UMNO, kapirkan mereka. Sakit hati dgn PKR macam-macam gelaran buruk yg dilemparkan.

Setakat menyindir tu biasalah lah kan. Mengutuk pn tak ada lah teruk sgt. Ini siap kapirkan org, tanam jirat lah.

Bila mereka kutuk dan maki pemimpin lain tak apa, tp bila giliran presiden PAS dikritik dan di usik. Semua jenis binatang keluar dan mula lah nk doakan kecelakaan dan kebinasaan.

Tidaklah bermakna aku nak kata dlm kalangan PH tak ada sikap yg buruk. Mestilah ada, tengok lah background dorang kan.

Sedangkan, mereka (PAS) mendakwa membawa panji Islam, bawa akhlak AlQuran dan menjunjung sirah Nabi.

Sepatutnya merekalah kena tunjuk teladan yg terbaik. Tapi tak, lagi teruk daripada org yg jahil yg tak reti baca Al Quran.

Nk pendek kan cerita. Masa PRU14, ada sahabat aku keluar dari PAS. Mereka yg tak setuju dari kalangan ahli usrah pakat maki hamun.

Itu tak apa lagi, yg cukup buat aku terkesan, dikalangan mereka maki dan mengutuk mak bapak sahabat aku. Bagi aku, itu dah melampau.

Kerana berbeza fikrah. Mereka layan saudara seagama mereka macam orang kapir. Mulai hari itu, aku menjarakkan diri dgn PAS.

Ingat lagi kisah air mani yg terbuang?