Mula dengan kantoi menyondol, kini Mira dan View Chin berani buat video ‘sekatil’

Pempengaruh media sosial, View Chin dan Mira sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video yang memaparkan betapa rapatnya mereka berdua.

Menerusi satu hantaran di Instagram, View Chin memuat naik video yang menunjukkan dia sedang berbaring bersama Mira di atas katil.

Dalam video tersebut, Mira bermimpi View Chin berlaku curang terhadapnya dengan seorang wanita misteri.

Akibat mimpi itu, dia marah dan merajuk dengan View Chin sepanjang hari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan status hubungan kedua-dua pempengaruh media sosial ini kerana kerap mencipta konten seperti itu.

Mula dengan kantoi menyondol, kini Mira dan View Chin berani buat video 'sekatil'

Baca Artikel Penuh