Muka Heliza Helmi akan terpapar di papan iklan besar di seluruh jalan

Muka Heliza Helmi akan terpapar di papan iklan besar di seluruh jalan

Muka Heliza Helmi akan terpapar di papan iklan besar di seluruh jalan. Tahniah diucapkan kepada Charms Cosmetic & Skincare diatas perlantikan Datin Seri Heliza Helmi sebagai “Face of CHARMS” dan wajah baharu bagi papan iklan terkini mereka baru-baru ini.

Nampaknya rezeki isteri kepada Dato Seri Mahadi Badrul Zaman ini semakin melimpah ruah dengan pelbagai kerjasama strategik di antara dirinya dengan pelbagai jenama tempatan.

Majlis perlantikan Datin Seri Heliza Helmi sebagai “Face of CHARMS” telah disaksikan oleh lebih 100 orang peserta program yang dikendalikan oleh Charms Cosmetic & Skincare iaitu “Let’s Charms Angels” baru-baru ini.

Ketika majlis perasmian, Datin Seri Heliza Helmi telah menandatangani “mockup billboard” sebagai tanda simbolik perlantikan beliau sebagai wajah baharu papan iklan tersebut yang bakal dipaparkan di lokasi strategik seperti di lebuhraya Pantai Timur dan Pantai Selatan.

Datin Seri Heliza Helmi turut melancarkan “limited edition box” bagi produk laris pasaran Charms iaitu Hydra Fresh Tinted Moisturiser.

Muka Heliza Helmi akan terpapar di papan iklan besar di seluruh jalan

Produk ini telah berada dipasaran lebih dari 10 tahun dan telah merealisasikan impian Pengasas Charms, Puan Nur Bashirah Hussein untuk kekal relevan dengan pengguna masa kini. Untuk rekod, Charms pernah dinobatkan sebagai salah satu jenama penerima Anugerah NONA Superwoman Award 2020 melalui kategori NONA Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award .

Charms telah bekerjasama dengan UTHM dalam penyelidikan saintifik untuk menaik taraf kualiti produk sejajar dengan matlamat “safe use”. Puan Nur Bashirah atau lebih mesra di sapa Syira juga memaklumkan Charms bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan terdapat permintaan produk halal dari negara seberang itu.

Program “Let’s Charms Angels” yang telah dilaksanakan pada 03 September 2022 di Grand Oasis Event Hall, Sri Kembangan bertujuan untuk meraikan kejayaan reseller Charms yang komited dalam perjalanan perniagaan. Turut hadir di program adalah Datuk Faridah Hanim dan Tuan Haniff, Penasihat Charms dan Soffywany sebagai “influencer” di media sosial.

BACA:

Risalah “Undi PAS masuk syurga”, ini respon Fadhli

Menangis tengok pakcik transfer Atm RM400 untuk 2 anak, ‘baki tinggal RM4’

Puteri Balqis rupanya hidap penyakit PTSD? Terpaksa jumpa psikiatri

CATEGORIES