Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini menyampaikan cek sumbangan E-Khas yang diberikan kepada Ngo-Ngo yang telah memohon bagi menampung kos pentadbiran dan aktiviti ngo terbabit.
Ngo yang hadir merakamkan penghargaan kepada Dr Mujahid diatas sumbangan yang telah diberikan sekaligus dapat membantu aktiviti-aktiviti yang ingin mereka jalankan terutama dalam konteks dakwah dan kemasyarakatan.
Dr Mujahid juga berharap NGO terus memainkan peranan aktif dalam masyarakat dan pihak kerajaan akan cuba membantu dan menyokong segala kerja-kerja baik yang mereka jalankan.