Mujahid serah bantuan awal rumah terbakar di pagi 2 Syawal

Hari raya kedua dalam tempoh PKPB, Datuk Seri Dr Mujahid meneruskan kerja-kerja sebagai ahli parlimen Parit Buntar. Kebakaran yang berlaku dalam kawasan parlimen parlimen beliau mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya daripada ahli parlimen Parit Buntar tersebut.

Menerusi status dalam laman Facebook beliau menulis :

Dalam Kegembiraan kita menyambut hari raya Aidilfitri saudara kita Osman Bin Awi telah di timpa Ujian. Saya bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar melawat satu rumah yang terbakar awal pagi tadi di Kampung Sungai Labu Bawah, Tanjung Piandang.

Alhamdulillah dalam kebakaran tersebut seluruh ahli keluarga terselamat. Terima kasih kepada Pasukan Bomba yang telah menyelamat dan memadamkan kebakaran rumah mangsa.

Dalam lawatan tadi saya telah menyampaikan Bantuan Awal bagi memudahkan urusan tuan rumah. In shaa Allah bantuan seterusnya akan disampaikan dari masa ke semasa.

Sumber :