Pakej yang ditawarkan melalui inisiatif ini, untuk pelan internet melalui no telefon pelajar sedia ada yang terpilih adalah Tiada Had (Unlimited). Bantuan top up data internet bernilai RM30 sebulan, untuk tempoh 2 bulan sahaja.
Bantuan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar bagi membantu para pelajar untuk mengikuti kelas secara atas talian disebabkan kekangan bagi hadir ke kelas akibat sekatan PKP yang dikuatkuasakan ketika ini.
Semua pelajar dari golongan KURANG BERKEMAMPUAN di peringkat IPTA & IPTS dan pelajar SPM tahun 2021 di dalam Parlimen Parit Buntar adalah layak untuk mendapatkan pakej khas ini. –FB