Muhyiddin ulang sejarah zaman Tun Razak

Ada yang tanya aku..kenapa aku setuju pada Ds Mukhriz, Ds Najib berperanan dan kaitan dengan kejatuhan kerajaan PH.. apa kuasa yang ada pada Najib.. Ya..pada mata kasarnya..memang Najib tidak terlibat secara langsung..ia sukar difahami.. Tetapi keluarga Tun Abd Razak sudah tentu jauh lebih faham dari kita..

Untuk mudah faham realiti Politik hari ini.. rentetan peristiwa kejatuhan Kerajaan PH.. Baca lah Sejarah Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman….hari ini ia umpama ulangan zaman pemerintahan Tun Razak..Ketika itu juga berlaku kerajaan Perpaduan Melayu Islam antara Barisan Nasional dan PAS..

Dimana ia bermula ? Ia bermula dari kejatuhan Tunku Abdul Rahman.. dan apa yang berlaku pada Tun Mahathir hari ini..mungkin senasib dengan Tunku Abdul Rahman.. cuma watak Tun Mahathir di era Tunku itu dimainkan Azmin Ali, dan watak Tun Razak itu adalah Muhyidin..

Aku teringat dalam satu ceramah Tamrin Ghaffar Baba tentang sejarah 13 Mei.. Dia mengatakan plot 13 Mei itu cetusan dari dalam UMNO sendiri.. Peritsiwa 13 Mei berlaku bila ketika itu UMNO dan Kerajaan Perikatan Kalah teruk..

Seorang pengkaji sejarah mengatakan Plot Tun Razak, Tun Mahathir dan Datuk harun jatuhkan tunku Abd Rahman..kebetulan Tun Razak pada ketika itu juga Menteri dalam Negeri.. Apa kata Tamrin Ghaffar..

Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) yang juga bapa kemerdekaan menulis dalam kolumnya ‘As I See It’ dalam akhbar The Star dua tahun sebelum beliau meninggal dunia,

” bahawa insiden itu adalah satu rampasan kuasa yang telah dirancang oleh pemimpin Umno, dan kemudian telah menyalahkanya pada DAP dan orang Cina.. ”

Ini tulisan Tunku Abdul Rahman.. apakah kita masih ingat..alasan menjatuhkan tunku Abdul Rahman pada ketika itu Tunku dituduh sebagai Pro Cina.. Tunku Abdul Rahman mungkin dipaksa turun oleh partinya sepertimana Tun Mahathir…

ya, Hari ini Tun Mahathir pula dituduh Pro cina(DAP)..Mungkin ini yang dimaksudkan Doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor supaya Tun Mahathir panjang umur.. supaya Tun dapat lihat bagaimana suatu ketika Tunku Abdul Rahman diperlakukan..sejarah seakan berulang..

Jadi kalau kita faham Asbab kejatuhkan Kerajaan PH.. Ia hanyalah ulangan peristiwa di zaman Tun Abdul Razak.. Jika Tun Abdul Razak cuba dilihat membawa agenda Kerajaan Melayu ketika itu dengan PAS..Ramai pemimpin PAS ketika itu juga yang jadi Menteri..Begitulah Kerajaan Muhyidin Yasin.. Muhyidin Yasin hari ini pun cuba berperanan seperti Tun razak untuk menjuari kelompok bawah dan Melayu..

Jadi tidak hairan lah..Kalau kita belajar dari Sejarah Tun Abdul Razak.. kita akan faham,kenapa begitu penting agenda Perkauman, Ashabiyah perlu dimarak kan.. Kebencian mesti dihalakan kepada Cina dan DAP… Ia telah disebutkan Tunku Abdul Rahman sebelum dia meninggal Dunia..

Itu sebabnya aku memuji Tun Mahathir kerana dalam tulisan terbarunya mempertahankan DAP… Mungkin Tun faham.. dia sendiri pernah lalui apa yang dialami Tunku Abdul Rahman..Tunku juga mempertahankan DAP diakhir hayatnya..

Jadi fahamkan.. Kenapa ketika PH memerintah, Isu Jawi, Sekolah Vernakular, isu Adib, LTTE, Zakir naik cuba dihangatkan kelompok Ashabiyah.. Kebetulan isu besar dalam kempen Pilihanraya tahun 69 adalah isu bahasa yang dimainkan parti gerakan pada, kali ini isu Jawi dimainkan kelompok Asahbiyah MCA..

lagi hairan ada Mufti dan Ulama terperangkap di dalamnya..Mereka sedaya upaya memainkan sentimen kaum dan Agama.. hari ini segalanya hilang menyepi.. hatta hari 13 Mei baru baru ini…

Jadi strategi Politik sebegini..Sudah tentu keluarga Tun Abdul Razak lebih faham..Itu sebab siapa perasan..sejak selepas kemenangan PH..aku mengulang ulang ingatan akan bahaya sentimen kaum dan Agama…Aku selalu kata banyak dari peristiwa ,kebencian itu sebenarnya adalah satu dari plot Deepstate.. sebagai contoh..Kita tidak tahu siapa yang bertanggung jawab menyerang Kuil di Subang Jaya yang menyebabkan kematian Adib..

Cumanya.. Tun Razak dia berjaya dalam catur Politiknya.. Berjaya menyatukan PAS dan UMNO..dan akhirnya kembali mengkhianati kerajaan PAS di Kelantan dan terengganu dalam peristiwa mageran.. Cuma Tun Razak tidak dapat melawan Taqdir Allah.. Dia jatuh sakit dan meninggal dunia ketika dia masih sebagai PM.. Dan diharapkan, Peristiwa inipun tak berulang..

Apapun pun.. Aku sentiasa ingat apa yang diungkapkan Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti..

Kata Sheikh said ramadhan Al Bhuti

الفتنة يفهمها العاقل فى أولها.. ويفهمها الجاهل فى نهايتها..

” Orang Yang Bijaksana akan nampak Fitnah ini ketika awalnya( Pintu Fitnah itu dibuka), Orang yang jahil dan Bodoh hanya akan nampak selepas semuanya Binasa… ”

– Sheikh said ramadhan Al Bhuti

Jauhilah Kelompok Ashabiyah dan Khawarij..

Ipohmali

Sumber: