Muhyiddin terkenal sebagai PM paling banyak taktik untuk mengelak

Seorang penganalisis politik melihat perutusan terbaru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin “tidak bermakna” melainkan beliau bertindak ke atas apa yang diucapkannya.

“Ia hanya cakap semata-mata,” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Oh juga mendakwa Muhyiddin kini “terkenal” kerana menggunakan pelbagai taktik untuk menangguhkan, membatalkan dan menunda persidangan Parlimen.

muhyiddin

Katanya, biarpun Parlimen akan dibenarkan bersidang, usul undi percaya biasanya akan dibuat pada penghujung agenda.

“Kerajaan sengaja mengelirukan Parlimen dengan kekebalan yang ada, tidak ada lagi kredibiliti yang masih tinggal apatah lagi daripada kata-kata seorang perdana menteri yang berulang kali mengelak usul percaya,” katanya.

Muhyiddin mengumumkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri biarpun menerima tekanan daripada Umno dan parti pembangkang lain yang mahunya berbuat demikian.

Dia bertegas masih mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat selain kerajaan akan membentangkan usul percaya pada September ini untuk menguji keabsahannya.

Ahli akademik Azmi Hassan berkata, Muhyiddin tidak mempunyai “pilihan lain” tetapi menguji keabsahan di Parlimen selepas lapan Ahli Parlimen Umno menghantar surat kepada Speaker memaklumkan mereka menarik sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri.

Mengambil kira bahawa Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan penjelasan Muhyiddin, Azmi berkata, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga September ini bagi membolehkan Ahli Parlimen membuat keputusan terhadap masa depan negara.

“Sudah tentu, apa saja boleh berlaku ke atas perkembangan politik Malaysia dalam tempoh sebulan memandangkan Ahli Parlimen boleh mengubah kedudukan mereka hanya dalam beberapa minit,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, dia berkata, adalah penting untuk kerajaan mengembalikan fokus dalam memerangi pandemik terutama pelaksanaan usaha pemberian vaksin kepada rakyat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/04/janji-pm-hanya-cakap-kosong-jika-tiada-tindakan-kata-penganalisis/

BACA JUGA : Sah !!! 105 ahli parlimen pembangkang sepakat tolak Muhyiddin

COMMENTS

Wordpress (0)