Muhyiddin seorang yang tidak konsisten dalam pendirian – Khaled

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang sokongannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri dilihat satu cubaan terdesak untuk menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat terhadap kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah beliau.

Hakikatnya, kejatuhan PN disebabkan oleh desakan ketidakyakinan rakyat dan ia antara sebab penarikan sokongan oleh UMNO, jelas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Oleh yang demikian, Naib Presiden UMNO itu menyifatkan penjelasan Muhyiddin sangat canggung.

Muhyiddin seorang yang tidak konsisten dalam pendirian - Khaled

”Kedua, beliau sebenarnya sedar bahawa pendirian untuk menganggap UMNO secara umum sebagai pendukung kleptorat adalah tidak benar, malah sangat bercanggah dengan kesanggupan beliau yang kini kembali bekerjasama dengan ramai wakil UMNO.

”Ketiga, penolakan beliau kepada PH dan sebahagian pemimpin UMNO adalah bermusim dan sangat bersifat acuh tak acuh.

”Ini kerana, perdana menteri yang beliau sokong telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin PH atau pembangkang yang lain sebagai satu pendekatan baharu. Dan tidak terdapat sebarang bangkangan dari beliau dalam hal ini,” tambah Khaled lagi.

Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu yang mendakwa beliau menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri kerana tidak mahukan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa dengan sokongan kumpulan kleptokrat.

Khaled berkata, kesemua perkara ini menunjukkan dengan jelas Muhyiddin sebenarnya tidak mempunyai pendirian yang jelas dan tetap.

Sebaliknya beliau selesa menukar pegangan semata-mata untuk menjustifikasi tindakannya yang mahu kekal berada dalam kerajaan.

Malah, ini adalah satu cubaan terdesak untuk kini tampil sebagai penyelamat Malaysia.

”Adalah jelas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin sekadar memberi helah dan mahu mengelirukan kita. Dah diberi ruang dan peluang bertaraf menteri, fokuskan sajalah kepada peranan dan tanggungjawab baru yang telah diberi,” ujar beliau.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/11/kenyataan-muhyiddin-canggung-khaled/

BACA JUGA : Panas !!! Kejadian aneh ribuan burung pipit jatuh ke bumi cetus kekalutan

COMMENTS