Muhyiddin semakin terdesak, sanggup lantik Mahdzir jadi Pengerusi TNB

Punyalah terdesak sangat Muhyiddin, sanggup buat apa sahaja. Terbaru meletakkan Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi TNB.

Rakyat Malaysia semua maklum, Mahdzir Khalid merupakan watak penting isu perbicaraan kes solar di Sarawak melibatkan isteri mantan Perdana Menteri.

Malah Mahdzir Khalid turut dikaitkan sebagai penerima sogokan terbesar ketika beliau menjaga Kementerian Pendidikan Malaysia. Diantara bahan berita yang popular berkaitan Mahdzir Khalid:-

Rosmah minta segera lulus projek solar kepada Jepak – Mahdzir
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/653280/rosmah-minta-segera-lulus-projek-solar-kepada-jepak-mahdzir

Rosmah dibicara: Mahdzir beritahu didesak percepatkan kelulusan projek hibrid solar
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rosmah-dibicara-mahdzir-beritahu-didesak-percepatkan-kelulusan-projek-hibrid-solar-230021?amp=1

Saya tak ragu Rosmah terlibat – Mahdzir
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/543158/saya-tak-ragu-rosmah-terlibat-mahdzir

Mahdzir mengadu terima tekanan daripada Najib
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/545474/mahdzir-mengadu-terima-tekanan-daripada-najib

Bekas Menteri sangkal dakwaan terima habuan RM60 juta
https://www.sinarharian.com.my/article/69587/BERITA/Mahkamah/Bekas-menteri-sangkal-dakwaan-terima-habuan-RM60-juta

Antara petikan ayat yang masih diingati oleh rakyat ketika perbicaraan tersebut ;-

“Saya ingat lagi apabila saya menjawab panggilan berkenaan, Datin Seri Rosmah terus memberitahu saya bahawa beliau tidak kenal siapa Rayyan (Rayyan Radzwill Abdullah iaitu rakan perniagaan Saidi). Beliau juga memberitahu saya bahawa beliau hanya menolong Cikgu Aazmey (Datuk Aazmey Abu Talib iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Pahang dan juga bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang).

“Datin Seri Rosmah juga memberitahu saya untuk menuruti sahaja arahan minit-minit Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas perdana menteri) dan beliau tidak mahu saya melengah-lengahkan urusan projek solar hibrid. Saya sekadar menjawab lebih kurang, ‘Ya, ya Datin Seri’ sahaja.

“Saya tidak mempunyai keraguan bahawa Datin Seri Rosmah terlibat menolong Saidi mendapatkan projek solar hibrid,” katanya pada hari ketiga perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Rosmah berhubung projek solar itu.
“Pada awalnya saya tidak mahu mengeluarkan klausa tersebut kerana ia merupakan keputusan Kementerian Pendidikan dan saya pasti ia mengikut keperluan projek tersebut. Rayyan tidak puas hati dan memberitahu saya lebih kurang ‘Takkan benda ini nak sampaikan kepada Datuk Seri Najib lagi’.

“Kemudian Rayyan telah menghubungi seseorang dan menyerahkan telefonnya kepada saya. Apabila saya menjawab panggilan telefon berkenaan, saya dapati orang tersebut adalah Datuk Rizal Mansor. Datuk Rizal Mansor telah memberitahu saya lebih kurang ‘kalau boleh keluarkan klausa itu’ dan ‘jangan buat susah perkara ini’.

“Datuk Rizal Mansor juga mengingatkan saya bahawa projek solar hibrid ini sudah dalam pengetahuan ‘Mem’ dan meminta saya mematuhi permintaan Jepak, saya tahu ‘Mem’ yang dimaksudkan oleh Datuk Rizal Mansor adalah Datin Seri Rosmah. Cara cakap Datuk Rizal Mansor tidaklah kasar cuma beliau menggunakan autoriti Datin Seri Rosmah,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani

Buat Muhyiddin, tiada guna berdoa buat rakyat sedangkan kamu mengangkat pemimpin yang terpalit kontroversi. Tiada guna kamu membuat sedih ketika berdoa, sedangkan kamu berniat untuk kekal berkuasa sanggup mengangkat mereka yang sedang terpalit isu kontroversi.