Ditanya perlukah kaedah pembentukan Kabinet yang dipraktikkan sebelum ini dijadikan panduan, beliau yang juga Pensyarah Komunikasi Politik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, secara asasnya Malaysia mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan, lantikan Kabinet adalah daripada pemimpin parti yang mentadbir pada waktu itu.
Oleh kerana kerajaan baharu ini tidak dibentuk menerusi pilihan raya, Muhyiddin mungkin boleh mencuba kaedah berbeza dalam perlantikan menteri termasuk lantikan daripada teknokrat jika keadaan memerlukan.
“Lagipun, kerajaan yang ada sekarang ini tiada bebanan manifesto, mereka bukan dipilih oleh rakyat secara langsung dan inilah masa yang sesuai untuk Perdana Menteri membuat sesuatu yang berbeza sedikit supaya menepati hasrat awal beliau untuk melantik barisan Kabinet yang berkebolehan dan berintegriti,” katanya.
Bacaan Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/662771/pembentukan-kabinet-perlu-disegerakan