Muhyiddin perancang kejatuhan kerajaan PH Kedah?

Mukhriz Mahathir yang telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai MB Kedah hari ini setelah hilang majoriti menyalahkan kejadian itu kepada Muhyiddin Yassin.

Katanya, Muhyiddin yang bertangungjawab menggulingnya sebagai MB dan sekaligus menumbangkan kerajaan PH di Kedah.

Mukhriz memberi dua alasan untuk menyalahkan Muhiddin, pertama kerana Muhyiddin takut dengan usul undi tidak percaya yang dipohonkan oleh ayahnya Mahathir Mohamad di Parlimen, kedua kerana beliau mencabar kedudukan Muhyiddin di kerusi Presiden Bersatu.

Beliau membuat penjelasan itu semasa mengumumkan meletak jawatan secara rasmi pagi ini setelah hilang majoriti. Apa yang berlaku itu adalah kali kedua. Sebelum ini semasa kali pertama memegang jawatan MB Kedah beliau hilang sokongan ketika itu dari kalangan Adun Umno menyebabkan beliau berhenti daripada menjadi MB.

Walaupun menurut Mukhriz, Muhyiddin adalah akiteknya tetapi MB diserahkan kepada Pas. Kalau begitu sekiranya benar dakwaan Mukhriz, Muhyiddin hanya meniup bara yang hanya akan menelan asap sahaja. Trims.

Sumber: