9 bulan, Muhyiddin sia-siakan peluang diberi Rakyat
Selama 9 bulan ini, Muhyiddin hanyalah seorang Perdana Menteri ke 8 yang gagal dan hanya tahu bersembunyi disebalik alasan covid 19.
Ini membuktikan Muhyiddin tidak pernah nampak kelemahan dan kekurangan kepada dirinya yang tak mampu memikul tanggungjawab sebagai PM.
Rakyat sudah bosan dengan alasan Covid 19 kerana Indonesia, Vietnam, Singapura dan Thailand mampu sahaja membina empayar perniagaan yang pesat hingga menjana ekonomi terbaik berbanding zaman yang tiada covid.
Dusta apa lagi Muhyiddin hendak berlindung?
Sifat pendendam Muhyiddin kepada musuh-musuh politiknya telah mengheret negara bukan sekadar menghancurkan ekonomi, merosakkan diplomatik antara negara, melemahkan kewangan negara, gagal membantu rakyat malah ramai rakyat terkorban gara-gara syok sendiri dengan covid gelombang kedua, sampai tak sedar kedatangan covid gelombang ketiga hanya kerana ingin mencuba logo PN dalam PRN Sabah.
Kesilapan terbesar Muhyiddin mengabaikan pandangan sekutunya kerana terhalang oleh dendam politik.
Kesilapan kedua Muhyiddin terlampau hendak jaga kuncu-kuncu PPBM hingga mengisi kabinet sekadar tangkap muat.
Kesilapan ketiga Muhyiddin terlampau berkeyakinan tinggi yang dirinya amat hebat hingga menafikan pengalaman sekutunya dalam Majlis Tindakan Ekonomi dan Majlis Tindakan Covid.
Kesilapan keempat Muhyiddin terlampau fikirkan bagaimana hendak menukar parti PPBM sebagai parti kedil menjadi gergasi dalam masa yang singkat. Hingga mengabaikan perpaduan parti sekutunya.
Kesilapan kelima Muhyiddin terlampau rakus mahu membina akar umbi PPBM yang besar sehingga sanggup membeli ADUN MP dan Ahli Parti sekutunya.
Kesilapan keenam Muhyiddin sentiasa mencurigai dan memperlekehkan sekutunya yang boleh menghancurkan impian PPBM berkuasa.
Kesilapan ketujuh Muhyiddin meletakkan kepentingan diri untuk mempertahankan kerusi PM nya lebih dari menjalin hubungan baik dengan sekutu dan rakyat.
Akibatnya politik negara kucar-kacir telah merebak membunuh ekonomi, kewangan, diplomatik dan rakyat terkorban akibat covid 19.
Sudah tiba-tiba masanya Muhyiddin mengaku sahaja dia tidak mampu memikul peranan dan tanggungjawab sebagai PM ke 8. Jawapan terbaik untuk penyelesaian bukan sekadar lockdown tetapi stepdown. MyMdFadzil
Sumber :