Muhyiddin guna idea dalam manifesto PH sebagai umpan

Kebanyakan cadangan diberikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pentadbiran yang lebih inklusif sebenarnya telah “ditiru” daripada manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

“Memang besar ironi di sini. Inilah orang yang telah mengkhianati PH dan pengundi, mengasingkan diri daripada kami dan cita-cita kami menerusi Langkah Sheraton,” kata Wong Chen yang juga antara individu yang terlibat menghasilkan dokumen berkenaan.

“Kini, lebih setahun kemudian beliau mengambil idea PH dalam usaha terdesak untuk mengekalkan kuasa.”

muhyiddin

Manifesto PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun serta memberikan pemimpin pembangkang status dan peruntukan seiring menteri persekutuan.

Dalam ucapan disiarkan secara langsung hari ini, Muhyiddin mencadangkan beberapa pembaharuan sekiranya berjaya dalam undi percaya pada September ini.

Ini termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, sumber untuk pemimpin pembangkang bersamaan menteri kanan dalam Kabinet, serta segera menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun tanpa melaksanakan pendaftaran pengundi automatik.

Walaupun pentadbiran Muhyiddin telah membayangkan persetujuan menurunkan usia mengundi, pelaksanaannya telah ditangguhkan akibat beberapa isu.

Wong Chen berkata beliau mempunyai “cadangan balas” untuk Muhyiddin sekiranya begitu tekad melihat pembaharuan dilaksanakan.

“Memandangkan beliau telah hilang sokongan majoriti, beliau boleh memilih menjadi pembangkang dan menyokong Kabinet baharu untuk meluluskan pembaharuan ini,” katanya.

“Memandangkan ini adalah idea kami, kami mempunyai semangat politik untuk melaksanakannya.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/13/besarnya-ironi-muhyiddin-tiru-manifesto-ph-kata-wong-chen/

 

BACA JUGA :

Panas !!! Muhyiddin akui kemelut politik selesai jika dia letak jawatan

Muhyiddin perlu letak jawatan, tak perlu undi percaya lagi

Macam tawar rasuah secara terangan dalam TV, kata MP

CATEGORIES