Muhyiddin guna gelaran Abah supaya rakyat lupa kes rasuah

Psikik Melayu itu seolah mudah. Merubah panggilan menjadi Abah, kononnya bagi mengenang jasa dan mengangkat maruah. Rasuah berjuta boleh dilupa dan kes mahkamah bisa terpadam begitu sahaja. Semua ini demi apa? Benar demi kuasa.

Apapun secara politik ia tepat. Tim beliau berupaya mengesan bahawa sokongan Melayu itu kepada PH begitu ‘fragile’. Dengan menguasai psikologi Melayu yang dilihat mudah dilayani dengan emosi, dibaluti elemen simpati dan pemberian bantuan konsisten ia banyak membantu memangkin sokongan rakyat kepada kepimpinan beliau khususnya Melayu. Imej Agama dan personaliti prihatin pada TSMY serta mengalih fokus dengan penumpuan melawan Covid-19 sepanjang 100 hari ini seperti membuahkan hasil.

Seolah setuju, rata-rata rakyat seolah melupai krisis politik yang terjadi pada awal Mac yang lalu.

#PolitikMalaysia

Sumber: