Kita sedia maklum bahawa satu laporan kepada SPRM telah pun dibuat semalam ke atas Muhyiddin Yassin, atas dakwaan “scheme of things’ agih-agih jawatan untuk dapat sokongan politik.
Bagi membenarkan proses siasatan berlangsung secara adil dan bebas, Muhyiddin sewajarnya mengambil cuti (garden leave) sehingga siasatan tersebut tamat. Hal ini bagi mengelak sebarang persepsi negatif berhubung kendalian siasatan kes tersebut. Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga perlu tampak dan ditampilkan.
Kalau kita masih ingat, hanya lima tahun lalu, Muhyiddin juga pernah membuat gesaan sama kepada Najib Razak. Waktu itu siasatan 1MDB sedang berlangsung, Najib belum lagi dituduh di Mahkamah, tetapi Muhyiddin mencadangkan agar Najib mengambil cuti bagi membenarkan siastan dilaksanakan dengan menyeluruh. “Let the investigations be independent,” kata Muhyiddin. “Once the investigations are over, become the PM again. This is what the people want. If there’s nothing wrong, come back… I just want the investigations to be independent. It is good for the party.” Itu kata Muhyiddin kepada Najib suatu ketika dahulu.
http://www.themalaysiantimes.com.my/1mdb-scandal-go-on-lea…/
Jika Muhyiddin boleh mencadangkan perkara itu kepada Najib, maka ia juga perlu diamal dan dilaksanakan oleh beliau sendiri pada hari ini, memandangkan beliau kini adalah dalam siasatan. Dalam konteks Akta SPRM, sogokan jawatan sebagai timbal-balik untuk mendapatkan sokongan sememangnya ditakrifkan sebagai kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta SPRM. Sebab takrif “suapan” adalah termasuk apa-apa sahaja tawaran “jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.”
Selain takrifan di bawah Akta, kita juga ada precedent yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada tahun 2018. Dalam kes PP v Eswandi bin Abdul Rahim, Mahkamah menegaskan bahawa “the definition of ‘gratification’ is wide enough to cover the demand made by the appellant that his father be made a director of the company….” [Terjemahan: takrifan ‘suapan’ adalah luas dan justeru permintaan agar bapa perayu dilantik sebagai Pengarah syarikat adalah termasuk sebagai suapan….]
Bahkan Peguam kanan Haniff Khatri juga telah menyatakan bahawa …. kadungan intipati tuturan yang dirakam itu menzahirkan di permukaannya satu “kesalahan salahlaku rasuah” yang WAJIB disiasat secara lanjut dan lengkap….” https://www.facebook.com/100011727181479/posts/1077266622674234/ Jadi ini sememangnya perkara serius dan bukan main-main.
Persoalan seterusnya, jika Muhyiddin mengambil cuti, maka siapakah pula yang hendak mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Amalan biasa Timbalan Perdana Menteri memangku jawatan tersebut tidak dapat dilaksanakan, kerana kita tidak ada Timbalan Perdana Menteri. Yang kita ada hanyalah Menteri-Menteri Kanan.
Tetapi Menteri-Menteri Kanan pun kurang sesuai untuk mengambil alih, kerana dalam transaksi ‘scheme of things’ bahagi-bahagi jawatan tersebut, para Menteri Kanan juga adalah kemungkinan sebahagian daripada transaksi dalam komplot tersebut. Justeru mereka juga kemungkinan perlu mengambil cuti bagi membenarkan siasatan berjalan dengan adil dan saksama, memandangkan jika pun tidak disisasat sebagai suspek rasuah, mereka tetap boleh disasat sama ada sebagai suspek bersubahat, atau setidak-tidaknya sebagai saksi.
Sebagai kelanjutannya lagi, keseluruhan kabinet Perikatan Nasional juga mungkin perlu mengambil cuti (garden leave) kerana kesemuanya turut terlibat sama. Saya bercakap bukan atas dasar keberpihakan kepartian. Saya bercakap berdasarkan apa yang Muhyiddin sendiri pernah katakan kepada Najib suatu ketika dahulu, seperti yang dipetik dalam perenggan 3 di atas. Apa yang terpakai kepada orang lain, perlu terpakai kepada diri sendiri juga. Kata omputeh, what is good for the goose is good for the gander.
Adakah kita benar-benar ingin memperjuangkan kedaulatan undang-undang (rule of law), ataukah kita sekadar penunggang kedaulatan undang-undang yang menunggangnya apabila ia menyebelahi kita, dan meninggalkannya sebaik sahaja ia tidak lagi memihak kita?
kredit: Peguam Aidil Khalid.
Sumber: