Muhyiddin dimalukan Raja Salman di Arab Saudi

Muhyiddin dimalukan Raja Salman di Arab Saudi

Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang kini berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula 6 Mac lalu bagi memenuhi undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Muhyiddin juga memaklumkan akan menghadap Raja Salman selepas beliau dan isteri menunaikan umrah.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub mempersoalkan usaha Muhyiddin ke Arab Saudi untuk menghadap Raja Salman sedangkan perjumpaan mereka berdua akan dilakukan secara maya.

Katanya, jika pertemuan dilakukan secara maya adalah lebih baik dilakukan sahaja dari Pekan Pagoh.

“Mr PM kata tujuan dia gi Mekah atas undangan Raja Salman. Dia rasa perlu penuhi pergi walaupun musim Covid-19. Satu penghormatan.

“Berita terkini kata pula nak jumpa King Salman secara maya.

“Kalau nak jumpa secara maya baiklah buat zoom dari Pekan Pagoh. Taklah habis duit rakyat,” ciap Salahuddin di Twitter.

Terdahulu, Muhyiddin memberitahu ke Mekah untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga dua masjid suci umat Islam.

Beliau akan menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini.

Selain menghadap Yang Teramat Mulia Raja Salman, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Yang Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/baik-buat-zoom-dari-pagoh-taklah-habis-duit-rakyat/