Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN dibentuk untuk mengelakkan negara jatuh ke kancah politik yang mungkin tidak disukai rakyat.

Menurut laporan Malaysiagazette, Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa beliau tidak rela melihat Kerajaan PN jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) dengan mengambil pendekatan mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pengganti.

Bekas Perdana Menteri itu ketika ditanya dalam siaran langsung Pentas PRN Melaka PN sebentar tadi berkata, “Saya tidak rela nak lihat kerajaan PN yang nampak sudah tumbang, disebabkan keadaan begitu, jadi saya mengambil satu sikap yang mungkin luar biasa. UMNO yang tumbangkan saya dan saya mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicalonkan menjadi perdana menteri.

Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Untuk apa? Tujuannya adalah untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus dan masuk ke kancah politik yang mungkin tidak disukai oleh sebahagian besar rakyat kita.

“Kita tidak bersedia untuk negara kita jatuh kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, minta maaf.”

Mengulas lanjut, Muhyiddin mengaku beliau lebih rela memberikan kerusi perdana menteri kepada UMNO demi menjaga kesejahteraan rakyat di negara ini.

“Saya tinggalkan mereka dan bentuk Perikatan Nasional atas sebab untuk menjaga kesejahteraan rakyat maka saya rela Ismail Sabri dicalonkan dan selepas mendapat sokongan daripada semua termasuk 15 Ahli Parlimen UMNO, maka beliau dipilih untuk menjadi perdana menteri.

“Jadi jatuh saya dan naik UMNO,” jelasnya lagi.

Muhyiddin berkata, beliau boleh meminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen selepas hilang majoriti susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap dirinya Ogos lalu.

Walaubagaimanapun Muhyiddin menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab memandangkan keadaan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing ketika itu.

“Atas sebab itulah saya memilih untuk meletakkan jawatan walaupun dalam perlembagaan, perdana menteri yang hilang majoriti boleh meminta nasihat Agong untuk membubar Parlimen,” katanya.

Muhyiddin turut menyifatkan situasi di Melaka sebagai sesuatu yang tidak diduga dan luar biasa disebabkan krisis politik susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membawa usul tidak menyokong kepimpinan menyebabkan kerajaan negeri runtuh.

Muhyiddin berkata, bagi memelihara kerajaan yang dibentuk PN, calon-calon mereka disyaratkan menandatangani akujanji jika menang.

Langkah itu, tegas beliau, bagi memastikan tiada unsur-unsur rasuah wujud dalam pentadbiran negeri ini kelak.

“Kita telah sediakan akujanji dan saya minta semua calon bagi PRN Melaka untuk menandatangani dalam sehari dua lagi.

“Ini untuk menunjukkan komitmen kita untuk melawan rasuah. Hal sebegini untuk memberitahu kepada rakyat di Melaka bahawa sebuah kerajaan yang akan terbentuk selepas 20 November adalah kerajaan PN negeri Melaka,” katanya lagi.

BACA JUGA : Kecoh !!! Artis belanja gambar dalam tab mandi, netizen suruh taubat
Pemimpin Bersatu salahkan Umno jadi punca PRN Melaka

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] “Ini untuk menunjukkan komitmen kita untuk melawan rasuah. Hal sebegini untuk memberitahu kepada rakyat di Melaka bahawa sebuah kerajaan yang akan terbentuk selepas 20 November adalah kerajaan PN negeri Melaka,” katanya lagi.-GD […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar […]