Wabak Covid19 merupakan ujian pertama dan terbesar terhadap kerajaan PN untuk menentukan apakah kerajaan curitokrasi itu mampu atau tidak mengurus negara.
Secara sedar atau tidak langsung ujian itu adalah peluang terbaik untuk kerajaan itu dan seluruh saf menterinya membuktikan kemampuan diri sebagai kerajaan. Dan Udin anak Yassin adalah individu yang patut menjadi keutamaan dan terpenting membukti dan menunjukkan kemampuannya.
Namun sayang apa yang perlu direbut oleh Muhyiddin dan saf menterinya termasuk menteri agama produk bekas Mufti dan lain gagal total.
Yang nampak jelas dan nyata berperanan dengan terbaik menangani Covid19 dan selayak jadi PM dan mewakili saf menteri adalah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Sekiranya diadakan pilihan raya dan kalau Dr Noor Hisham mengepalai apa-apa parti berlawan dengan Perikatan Nasional, atau dengan parti gabungan Udin – Minrit atau PH sekali pun tentu parti Dr Noor Hisham akan menang besar.
Beranikah sanggah kenyataan ini? Trims.
Sumber :