Muhyiddin Bukan Pengkhianat, Sebaliknya Penyelamat – Pemuda Umno

Pemuda UMNO Kelantan menyelar tindakan pimpinan tertentu dan juga pihak yang menggelarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tanggal 1 Mac lalu, menjadi hari bersejarah apabila secara rasminya Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, tiada siapa menjangkakan dengan berkat keizinan dan kehendak ALLAH SWT, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendapat mandat daripada majoriti ahli Parlimen bagi mengakhiri kemelut perpecahan selama seminggu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/72999/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Muhyiddin-bukan-pengkhianat-tetapi-penyelamat

COMMENTS

Wordpress (0)