MP BN diberi mandat pilih sendiri calon PM – Ahli MKT Umno

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi mandat kepada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memilih sendiri calon perdana menteri.

Perkara itu diberitahu oleh Ahli MT UMNO, Datuk Sharkar Shamsuddin.

Menurutnya, perkara berkaitan pemilihan calon perdana menteri ada dibincangkan dalam mesyuarat pukul 9 malam tadi namun tiada nama ahli Parlimen tertentu disebut.

“Tiada-tiada kita tak sebut siapa ahli Parlimen dan mereka akan pilih dalam mesyuarat yang dibuat selepas ini.

“Jadi, bagi kita MT, kita serahkan kepada presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Pengerusi BNBBC, Datuk Najib (Datuk Seri Najib Razak),” katanya.

BN

Beliau ditemui pemberita di Lobi Bangunan Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) sejurus selesai Mesyuarat MT malam ini.

Difahamkan, mesyuarat sesama ahli Parlimen BN akan diadakan selepas selesai mesyuarat MT UMNO.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan MT UMNO bermesyuarat malam ini bagi menentukan calon pilihan parti untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baharu.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, mesyuarat diadakan susulan titah Yang di-Pertuan Agong terhadap kesemua ketua parti di Istana Negara hari ini supaya mencari kesepakatan dalam memastikan calon perdana menteri mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk bertemu dengan pemimpin kanan parti-parti politik di Istana Negara hari ini.

Antara pemimpin yang dilihat memasuki perkarangan Istana Negara selain Ahmad Zahid, ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/17/umno-serah-ahli-parlimen-bn-pilih-sendiri-calon-pm-sharkar/

 

BACA JUGA :

Panas !!! Pejuang tumpu beri sokongan kepada calon PH – Mukhriz

Mudahnya orang kita cair dengan watak lemah orang politik

Memahami titah Agong : Kerajaan Perpaduan atau gabungan perdana?

Artikel ini disiarkan pada 18/08/2021

COMMENTS