MoU : PH manfaatkan peluang untuk desak kerajaan laksana agenda reformasi

perenggan

MoU : PH manfaatkan peluang untuk desak kerajaan laksana agenda reformasi.Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob “menang besar” susulan perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) memandangkan beliau akan kekal berkuasa sekurang-kurangnya sehingga Julai tahun depan, kata penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Ismail “memanfaatkan atau memilih” PH untuk menangani punca ketidakstabilan dalam pentadbirannya di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) yang mungkin menarik sokongan terhadapnya seperti mereka yang berada dalam Bersatu dan “kelompok bersama Ahmad Zahid Hamidi” dalam Umno.

Katanya, pembangkang pula semata-mata ingin “mendapatkan apa-apa sahaja yang boleh” dan menerima perkara itu kerana sedar mereka tidak mungkin akan kembali berkuasa dalam masa terdekat.

“Saya rasa PH tahu agak sukar untuk mereka kembali berkuasa. Oleh itu mereka mungkin b PH erusaha melakukan sebanyak mana transformasi yang menerusi kerajaan sekarang,” kata Oh kepada FMT.

“Pepatah Hokkien menyebut ‘Jika tiada ikan, udang pun boleh’. Maksudnya, jika anda tidak mendapat apa yang diidamkan, mendapat sedikit transformasi sudah cukup baik.”

 

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya bersetuju dengan pandangan itu sambil menjelaskan bahawa Ismail ingin mendapatkan manfaat yang sebanyak mungkin daripada MoU berkenaan dan kini kedudukannya sebagai perdana menteri dianggap selamat serta tidak diancam oleh mana-mana kuasa dalaman atau luar.

“Ini boleh memberinya peluang membuat strategi politik untuk berkuasa dalam partinya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun bekas ahli akademik Azmi Hassan percaya MoU itu akan memberi lebih kelebihan kepada PH memandangkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengatakan ia tidak bermakna mereka wajib menyokong Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan oleh kerajaan.

Azmi turut memetik kenyataan Anwar bahawa pembangkang harus menyertai jawatankuasa yang merangka belanjawan sebagai timbal balas atas sokongan mereka.

“Jika PH berjanji untuk tidak mempersoalkan keabsahan kerajaan, barulah MoU itu boleh dikatakan memberi manfaat kepada Ismail tetapi ini tidak dinyatakan,” katanya.

Azmi berkata, mereka terlepas salah satu peluang besar dalam MoU itu, iaitu untuk meluluskan akta sumbangan politik.

“Persoalan mengenai dana pembiayaan parti politik ini sepatutnya dibangkitkan kerana ia juga sama penting dengan akta antilompat parti. Ia mungkin menghalang campur tangan pihak ketiga dalam pilihan raya demokratik kita,”katanya.

Awang menyebut beberapa kekurangan dari segi perincian dalam cadangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

“Apabila tiada perincian, ini mungkin dikatakan terlepas peluang dalam isu hak rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Manakala Oh turut mempersoalkan agenda transformasi badan kehakiman yang kurang.

“Apa sebenarnya cadangan mereka? Dalam banyak perkara, ia terdapat perincian tetapi tidak banyak mengenai Perjanjian Malaysia atau kebebasan badan kehakiman.”

Katanya, dia juga berharap untuk melihat cadangan mengenai isu kebebasan peguam negara dan beberapa badan serta agensi lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan supaya “ia tidak digunakan sebagai alat politik”.

MoU transformasi dan kestabilan politik itu merangkumi enam bidang utama yang ditandatangani oleh Ismail dan pemimpin PH terdiri daripada Presiden PKR, Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.

Ia bertujuan mewujudkan kestabilan politik bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/15/ismail-paling-menang-besar-dalam-mou-kata-penganalisis/

BACA: Bukan CSA tapi MoU, tegas Anwar

COMMENTS