Mokhtar Senik sayangkan MN, harap Umno kalah PRN Melaka

Selepas pemimpin Bersatu mengajak pengundi Melaka ‘mengajar’ Umno-BN, anggota Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik dalam satu hantaran di media sosial petang tadi menegaskan sayangnya kepada Muafakat Nasional dan menzahirkan harapannya untuk melihat Umno tewas.

Memetik laporan Malaysiakini, Mokhtar Senik berkata, dalam PRN Melaka nanti parti yang memeterai piagam dengan PAS itu perlu kalah untuk memahami apa yang diperjuangkannya iaitu makna persaudaraan dan pentingnya agama, negara dan ummah.

Mokhtar Senik sayangkan MN, harap Umno kalah PRN Melaka

Mokhtar Senik

“Mudah-mudahan kekalahan Umno di Melaka akan banyak mengajar politik jujur dan bersih kepada Umno.

“Oleh itu semua pengundi PAS perlu menjadi guru politik kepada Umno,” katanya dalam hantaran di media sosial petang tadi.

Sebelum ini, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman mengajak pengundi di Melaka menghukum Umno “secara berjemaah” pada 20 Nov ini.

Beliau turut mengaitkan perkembangan itu dengan tersingkirnya dua pemimpin utama Bersatu dari jawatan penting masing-masing, iaitu Muhyiddin Yassin dan Ahmad Faizal Azumu.

Umno sebelum ini mengajak PAS kekal dengan kerjasama Muafakat Nasional malah menawarkan parti itu bertanding dengan menggunakan lambang sendiri.

Namun PAS kekal dengan pendiriannya bersama PN dan bertanding menggunakan lambang gabungan tersebut.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga sudah menyatakan pendirian parti itu agar ahli dan penyokongnya mengundi PN jika bertembung dengan calon Umno.

BACA JUGA : PRN Melaka : Misi Ismail Sabri gagal
Norhizam, Effandi tiada dalam senarai calon PRN Melaka

CATEGORIES