Mohon bantuan secara online, kata Rina

SPRM

Mohon bantuan secara online.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan orang ramai membuat permohonan bantuan secara dalam talian selain saluran sedia ada melalui Sistem Pengurusan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata ia bertujuan bagi mengurangkan kehadiran pemohon ke pejabat JKM daerah terutama di zon merah dan berisiko tinggi.

Katanya, setakat Julai tahun ini pihaknya sudah mengagihkan bantuan kepada penerima berjumlah RM1.5 bilion di seluruh negara.

“Bantuan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi 11 bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Bakul Prihatin Negara di Sungai Pelek, di sini, hari ini.

bantuan

Mohon bantuan secara online, kata Rina

Bantuan JKM itu membabitkan, bantuan kanak-kanak (BKK), Bantuan Warga Emas (BWE); Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU); Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT); Bantuan Am (BA) (Negeri dan Persekutuan); Bantuan Latihan Perantis (BLP); Bantuan Anak Pelihara (BAP); Geran Pelancaran (GP) (One-Off); Tabung Bantuan Segera (TBS)(One-Off) dan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT) (One-Off).

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Bantuan Jabatan Kebajikan di laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my.

Rina berkata, antara negeri penerima tertinggi adalah Sabah iaitu RM174 juta, diikuti Johor (RM 152 juta); Sarawak (RM 143 juta); Kelantan (RM 127 juta) dan Selangor (RM126 juta).

Katanya, permohonan tahun ini dijangka meningkat, berbanding tahun lalu berjumlah RM1.8 bilion.

“Peningkatan ini disebabkan ramai dalam kalangan M40 yang memohon kerana hilang pekerjaan, sumber pendapatan dan memerlukan bantuan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/861363/mohon-bantuan-secara-dalam-talian

BACA: Panas !!! Mahkamah beri amaran kepada anak Zahid