MKT Umno : Tajuddin 'ditendang', Isham Jalil dibawa masuk

MKT Umno : Tajuddin ‘ditendang’, Isham Jalil dibawa masuk

MKT Umno : Tajuddin ‘ditendang’, Isham Jalil dibawa masuk. Bekas ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dilantik.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan ahli MKT lain pada mesyuarat tertinggi parti itu malam ini.

Terdahulu, Isham memaklumkan beliau mendapat undangan untuk menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Perkembangan itu menyusul selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai ahli MKT Umno.

Isham sebelum ini digugurkan daripada jawatan ketua penerangan BN Selangor dan baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan beliau bakal dilantik sebagai ahli MKT Umno.

MKT Umno : Tajuddin 'ditendang', Isham Jalil dibawa masuk

Sementara itu, ahli MKT Umno Mohd Puad Zarkashi menerusi Facebook turut memuat naik ucapan tahniah kepada Isham.

“Tahniah saudara Isham Jalil,” tulisnya ringkas.

Majlis angkat sumpah itu diadakan serentak dengan mesyuarat MKT bermula 8 malam tadi.

BACA:

Pelabur Bitcoin rugi lebih RM32 Billion dalam masa tiga hari

Filem 35MM arahan Syahmi Sazli pecah rekod hari pertama tayangan

Tragis..orang ramai terkejut tengok lelaki maut atas pokok di Kelantan

CATEGORIES