MKT Umno mesyuarat lagi malam ini, tentukan MP sokong pembangkang

MKT Umno mesyuarat lagi malam ini, tentukan MP sokong pembangkang

MKT Umno mesyuarat lagi malam ini, tentukan MP sokong pembangkang. UMNO memanggil mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini, antara lain dipercayai bagi meneliti perkembangan semasa politik negara serta prestasi terburuk parti itu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

BH difahamkan, mesyuarat itu juga dijangka menyentuh dan memutuskan mengenai cadangan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk kekal sebagai pembangkang atau menyertai mana-mana blok parti sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Segala langkah itu dikatakan terpaksa dipertimbangkan UMNO selepas PH dan PN gagal mencapai kata sepakat untuk bergabung membentuk kerajaan perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BN kini memiliki 30 Ahli Parlimen dengan 27 wakil daripadanya dari UMNO, sekaligus dilihat pelengkap bagi mana-mana gabungan, sama ada PN atau PH yang berhasrat untuk menubuhkan kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn di sini, jam 8 malam ini.

MKT Umno mesyuarat lagi malam ini, tentukan MP sokong pembangkang

“Ya..,” katanya ringkas yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, ketika ditanya sama ada UMNO sudah memanggil mesyuarat MKT selepas PRU berakhir Sabtu lalu.

Ahli MKT UMNO yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias juga mengesahkan perkara sama, sambil menjelaskan agenda mesyuarat dijangka menyentuh perkembangan terkini politik negara.

“Setakat ini (Ahli Parlimen) BN tiada mesyuarat. Malam ini saja MKT jam 8 malam,” katanya ditanya sama ada Ahli Parlimen BN akan bermesyuarat sekali lagi sebaik Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.

UMNO sepatutnya mengadakan mesyuarat MKT pada jam 3 petang Ahad lalu, namun ditangguhkan saat akhir.

Pada PRU Sabtu lalu, BN khususnya UMNO mengalami kekalahan selepas gagal mempertahan banyak kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU ke-14 lalu, apabila hanya menang di 27 kerusi Parlimen, berbanding 54 kerusi Parlimen yang dicapai mereka pada PRU 2018.

BACA:

Adik Sajat akhirnya lepas kemarahan selepas lama berdiam diri

10 MP BN tarik sokongan saat akhir kepada Muhyiddin

Aina Abdul kenang pernah dapat RM50 nyanyi 20 lagu

CATEGORIES