MKT Umno bakal bermesyuarat Jumaat

Umno

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim memaklumkan tiada sebarang mesyuarat akan diadakan pada malam ini seperti dilaporkan pihak tertentu.

Menurutnya, MKT dijangka akan bermesyuarat pada Jumaat malam, namun beliau tidak menyatakan agenda yang bakal dibincangkan.

Pada Sabtu lalu, mesyuarat MKT yang dijadualkan selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan juga ditangguhkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MKT Umno bakal bermesyuarat Jumaat

Pada Isnin, Ismail Sabri turut memaklumkan senarai jemaah menteri akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada Khamis, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyampaikan senarai cadangan barisan kabinet baharu kerajaan persekutuan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157770/BERITA/Politik/Tiada-mesyuarat-MKT-UMNO-malam-ini

BACA JUGA : Panas !!! Sebar poster palsu, Hannah Yeoh bakal saman pemimpin Pas

COMMENTS

Wordpress (0)