Mizz Nina ‘terlepas’ luah perasaan soal curang, padam semula selepas itu

Mizz Nina ‘terlepas’ luah perasaan soal curang, padam semula selepas itu. HARI ini, genap sebulan selepas Nina dan Noh mengumumkan berita perceraian mereka.

Bagusnya tentang mereka, kedua-duanya masih bertemu, keluar bersama dan menjaga hubungan baik demi anak.

Semua itu dapat dilihat dalam perkongsian InstaStory masing-masing baru-baru ini dengan saling berkongsi gambar antara satu sama lain bersama anak angkat mereka, Musa.

Cuma, seteguh mana pun, Mizz Nina tetap manusia biasa, dia juga ada hati dan perasaan. Tetapi cara luahannya berbeza apabila membuat perkongsian ungkapan daripada Qasim Rafique berhubung kecurangan yang dianggap sebagai satu perbuatan yang melanggar sempadan dalam sesebuah perhubungan.

Dalam ungkapan tersebut ada disebutkan, apabila seseorang berlaku curang, tarikan seksual dan perhatian yang sepatutnya hak pasangan masing-masing diberikan kepada orang lain.

Mizz Nina 'terlepas' luah perasaan soal curang, padam semula selepas itu

Mungkin terlepas, Mizz Nina kemudiannya memadamkan perkongsian berkenaan. Tak mengapalah Mizz Nina, ramai yang faham perasaan awak. Teruskan berkongsi ayat-ayat motivasi dan kerohanian yang bermanfaat.

Mizz Nina 'terlepas' luah perasaan soal curang, padam semula selepas itu

BACA:

Komen Noor Nabila di ruangan komen Sharnaaz buat netizen terpaku

Ini rupanya rahsia buat Nasi Lemak Asli Pandan, aroma dia buat tak lena tidur

Muka budak tadika pakai baju polis memang ‘in character’ betul