Mizz Nina bawa baby Musa buat umrah, netizen perasan sesuatu pula

Mizz Nina bawa baby Musa buat umrah, netizen perasan sesuatu pula

Mizz Nina bawa baby Musa buat umrah, netizen perasan sesuatu pula. Di Instagram, aktivis kemanusiaan, Mizz Nina memuat naik sekeping foto bersama anak angkatnya, Musa ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, semalam.

Terima kasih Ya Allah

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang buat dirinya dan Musa untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci. Tambah Mizz Nina, dia berharap Musa memiliki akhlak yang baik, beriman, benar dan tawakal.

Musa sudah mendengar kisah mengenai haji sejak usianya beberapa bulan. Alhamdulilah dia dapat tengok keadaan yang sebenar pada masa ini.

Terdahulu, Mizz Nina antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC). Mizz Nina dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.

Mizz Nina bawa baby Musa buat umrah, netizen perasan sesuatu pula

Difahamkan Mizz Nina aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 dan sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017. Terdahulu pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya ada mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan program bual bicara.

BACA:

Tahniah! Fareed Saddi K-Clique nikah kakak kepada MK

Nissan lancar mop cuci lantai dengan sendiri, semua teruja tengok

Netizen teruja dengar jawapan Iqram Dinzly, ‘matang gila jawapan!’

CATEGORIES