Misteri kubur di tengah-tengah jalan kini terbongkar

Misteri

Misteri kubur di tengah-tengah jalan kini terbongkar. Pelik tapi benar. Itu yang berlaku di sebuah kampung di Turki apabila kubur ‘orang alim’ berada di tengah jalan kerana penduduk tempatan enggan memindahkan jenazah itu.

Portal The Sun melaporkan kubur itu dilaporkan milik seorang lelaki alim apabila tulangnya ditemui di sebuah rumah yang mahu dirobohkan untuk pembinaan jalan raya.

Menurut kepercayaan masyarakat, penduduk dilarang mengalih mayat orang alim ke tempat baharu dari lokasi jasadnya ditemui.

Identiti individu yang ditanam di situ tidak dapat dipastikan namun ada satu nama tertulis pada batu nisan itu yang dipercayai hadir dalam mimpi wanita yang menemuinya.

Misteri

Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kisah lagenda menyelubungi kubur itu dan beberapa orang awam juga dilaporkan berdoa di sebelahnya.

Selama bertahun-tahun kemudian kawasan itu mahu dibangunkan menyebabkan kerajaan melakukan beberapa pembelian untuk membolehkan jalan baru melalui kampung terbabit dibina.

Akhirnya, pemaju memutuskan untuk meninggalkan kubur dan hanya membina jalan di sekitarnya.

Seorang lelaki, Ahmet Hark yang tinggal di kawasan kejiranan itu berkata, terdapat sebuah rumah di kawasan itu sejak 40 tahun lalu.

Dia mengesahkan pemilik rumah itu bermimpi itu adalah makam orang suci yang mereka temui ketika menggali halaman dan membina kubur itu sebagai tanda hormat.

“Kemudian, rumah-rumah di sini dirobohkan. Tetapi menurut kepercayaan kami, tidak boleh memindahkan kubur orang suci, mereka harus tinggal di tempat mereka berada.

“Oleh kerana itu, kubur ini tetap berada di tengah jalan yang dibina di kawasan rumah yang dirobohkan,” katanya

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/07/731123/kubur-orang-alim-di-tengah-jalan

jika terlepas: Kes positif di parlimen berlaku sebulan lepas, bukan sekarang – Sumber