Misteri kehilangan fatwa amanat Hj Hadi perlu dirungkai Menteri Agama baru

MENTERI AGAMA PERLU SAHKAN STATUS MISTERI KEHILANGAN AMANAT HAJI HADI 1981.

Tahniah PAS kerana diberi kepercayaan penuh oleh Perdana Menteri menduduki jawatan Menteri dan juga Timbalan Menteri dalam Hal Ehwal Agama hari ini.

Dengan penguasaan penuh PAS di kementerian agama, tidak patut ada halangan lagi untuk melaksanakan segala janji janji PAS kepada pengikutnya selama ini.

Bersama dengan Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai Menteri Hal Ehwal Agama adalah YB Marzuk yang mengekalkan jawatannya sebagai timbalan.

Kedua dua orang kuat PAS ini sudah tentu tidak akan menghampakan penyokong PAS dalam isu RUU 355, isu judi dan arak, menghukum “pembunuh” arwah Adib, serta menyelesaikan masalah LGBT dan berbagai isu lain yang sewaktu dengannya.

Bagaimanapun, terlebih dahulu pastinya rakyat Malaysia ingin menuntut penjelasan serta pencerahan isu penting yang besar yang masih belum dijawab sejak 17 bulan yang lepas semasa kerajaan Perikatan Nasional lagi di mana YB Marzuk menjadi sebahagian dari kerajaan dan juga kementerian yang sama.

Mengapakah keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai “Amanat Haji Hadi” yang di keluarkan di Kampung Banggol Peradong, Terengganu, pada tahun 1981 telah dipadamkan dari portal JAKIM secara senyap senyap tampa apa apa pengumuman rasmi?

Misteri kehilangan fatwa amanat Hj Hadi perlu dirungkai Menteri Agama baru

Adakah amanat tersebut yang telah diistihar sesat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan dipersembahkan kepada Majlis Raja Raja Melayu kini telah boleh diterima untuk di guna pakai hari ini?

Kalau itulah alasanya ia dipadamkan dari portal JAKIM, bilakah keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia?

Adakah JAKIM berkuasa boleh memadamkan status amanat tersebut begitu sahaja tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan?

Isu ini amat mendalam implikasinya kerana Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong telah memporak perandakan masyarakat tempatan Islam dengan isu sembahyang dua imam, tidak sah sembelihan dan akad nikah oleh orang Islam pihak tertentu dan berbagai lagi isu perpecahan masyarakat dan keluarga.

Sehingga hari ini kesan perpecahan dan persengketaan tersebut amat mendalam dalam kalangan umat Islam khususnya di Pantai Timur.

Sebelum Menteri Agama YB Ustaz Idris melangkah kedepan meneruskan agenda RUU 355, haramkan arak serta judi dan LGBT, status isu yang di cetuskan oleh PAS sendiri pada tahun 1981 iaitu isu status “Amanat Haji Hadi” yang telah hilang dipadamkan JAKIM secara penuh misteri perlu diperjelaskan

Kredibiliti, integriti dan kewibawaan Kementerian Agama akan terjejas dan kurang dihormati jika isu penting yang telah memecah belahkan umat Islam secara begitu mendalam di tinggalkan tidak terjawab.

Ini adalah tugas pertama yang amat penting YB Ustaz Idris sebagai Menteri Hal Ehwal Agama untuk menjaga nama baik serta kredibiliti kementerian yang bertanggungjawab tentang agama Islam.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu

Sumber :

BACA JUGA : Hina mahkamah : Najib fail notis terhadap Pemimpin Bersatu

COMMENTS

Wordpress (0)