Mercedez keluar kereta boleh kawal dengan minda

Syarikat pengeluar kereta terkenal dunia, Mercedes-Benz memperkenalkan prototaip kereta berteknologi tinggi yang mampu dikawal menggunakan minda, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Model Mercedes Vision AVTR adalah sebuah kereta sains fiksyen masa hadapan yang menggunakan kuasa elektrik dan dikawal melalui otak pemandu.

Mercedes mempamerkan kereta itu di IAA Mobility di Jerman sepanjang minggu ini meskipun ia masih di peringkat permulaan atau konsep sahaja.

Bahagian luar kereta dilengkapi ciri canggih dan futuristik, manakala bahagian dalam pula memberi aura seolah-olah pemanduan di angkasa lepas.

Namun tumpuan utama adalah Mercedes menggunakannya untuk mempamerkan Brain Computer Interface atau BCI.

Mercedez keluar kereta boleh kawal dengan minda

Ruangan dalam kereta canggih ini memberi aura pemanduan di angkasa lepas. – Mercedes-Benz

Meskipun boleh dikawal menggunakan minda pemandu, ia tidak bermakna otak anda yang akan memandu kereta itu sepenuhnya.

Menurut kenyataan Mercedes, pemandu akan dapat menggunakan teknologi BCI untuk mengawal perkara asas yang tidak melibatkan pemanduan langsung.

Ini termasuk menukar stesen radio atau memilih warna pencahayaan di dalam kereta itu.

Selain itu, Mercedes juga membayangkan sebuah kereta yang membenarkan pemandu memilih destinasi hanya menggunakan fikiran sahaja dalam tempoh beberapa puluh tahun akan datang.

“Mercedes-Benz telah meletakkan pengendalian kenderaan di satu tahap berbeza dalam penggabungan manusia dan mesin,” kata Britta Seeger dari Mercedes.

“Teknologi BCI berfungsi sepenuhnya bebas daripada ucapan dan sentuhan. Ini membuka ruang revolusi untuk interaksi intuitif manusia dengan kenderaan,”kata Eksekutif Perniagaan Mercedes-Benz, Britta Seeger.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/07/mercedes-perkenal-kereta-kawalan-minda/

BACA JUGA : Timb Menteri Pas dedah RM60 juta sudah diagih kepada Pondok, Tahfiz

Artikel ini disiarkan pada 09/09/2021

COMMENTS

Wordpress (0)