Menu wajib disediakan semasa Hari Raya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Kali ini raya cukup meriah apatah lagi semua mengambil peluang untuk menyambut Syawal bersama keluarga setelah lama tidak bertemu.

Kali ini juga kita pastinya mahu makan semua jenis hidangan istimewa makanan hari raya untuk dinikmati bersama keluarga.

Bagi yang bakal berkunjung saudara mara, jangan lupa untuk kekalkan jarak dan amalkan SOP ya. Jika tidak sihat, usahlah berjumpa orang ramai.

Menu wajib disediakan semasa Hari Raya

Jika ada anak-anak kecil di rumah, ingat, tanya ibu dan ayah mereka dahulu sebelum anda memegang dan cium anak. Yalah, sekarang kan musim semua senang jatuh sakit?

Makanan hari raya yang ‘laris’ ketikaopen house

Setelah sebulan menunaikan bulan puasa, pastinya ia diraikan dengan perayaan penuh makna. Salah satu cara mengubati kesedihan hati akibat tidak dapat beraya di kampung, adalah menjadikan 1 Syawal cukup meriah bersama anak dan suami tercinta.

Jadi, kami sarankan untuk anda sediakan menu-menu ini yang pastinya kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, anda boleh membahagi-bahagikan makanan kepada jiran tetangga juga!

#1. Roti jala

menu hari raya

Menjengah sahaja meja makan, pastinya tersusun pelbagai makanan. Untuk santapan ringan, roti jala akan menjadi dambaan ahli keluarga sebelum menjamah nasi.

Mana tidaknya, warna roti seakan-akan keemasan yang cukup lembut dihidangkan bersama kari ayam atau daging pasti membuatkan nafsu makan anda untuk makan lebih lagi.

Namun perlu ingat untuk makan secara berpada-pada!

#2. Nasi dagang

hidangan hari raya

Hidangan ini sangat populor di negeri Pantai Timur. Pastinya agak sukar untuk anda menemuinya jika beraya di perantauan, kan? Kalau tuan rumah buat nasi dagang memang akan berderu tetamu datang!

Kebiasannya nasi dagang menjadi makanan hari raya yang wajib disediakan bersama dengan gulai ikan tongkol, telur rebus dan acar timun.

#3. Sate dan nasi impit

kelebihan senaman

Ni lagi satu menu yang tidak boleh dilepaskan. Sama ada ayam, daging atau kambing pastinya menjadi kesukaan setiap ahli keluarga.

Memandangkan harganya pada ketika ini mencecah RM1 untuk satu cucuk, ia sekaligus menjadikannya makanan hari raya istimewa bersama nasi impit dan kuah kacang.

Setiap orang pastinya tidak cukup makan secucuk!

#4. Lemang

juadah hari raya

Antara salah satu makanan yang sukar dijumpai adalah lemang. Jika tidak bulan puasa dan hari raya, mungkin tidak ada orang membuatnya kecuali untuk tujuan berniaga.

Rasa beras pulut bersama lemak santan di dalam buluh yang dibakar menggunakan kayu api pastinya membangkitkan aroma dan kesedapan lemang. Namun, jangan makan sampai tidak ingat dekat orang belakang!

#5. Ketupat pulut

makanan wajib hari raya

Anda kata anda berdepan kesusahan membuat lemang akibat kos yang agak tinggi, apa kata buat sendiri ketupat daun pandan atau palas. Rasanya pun lebih kurang sama.

Makanan tradisi sejak nenek moyang ini wajib anda sediakan. Kuantiti pun akan dapat lebih banyak. Alang-alang sudah buat ketupat, sediakanlah rendang sekali bagi melengkapkan hidangan.

Kalau malas, anda boleh sediakan gula melaka untuk dicicah bersama!

#6. Laksa

hidangan sedap hari raya

Tak kisah lah laksa Utara, laksa Johor atau Kelantan, pastinya akan menjadi kegemaran seseorang. Malah, cara penyediaannya pun cukup senang dan paling selamat untuk anda yang tidak pasti cukup untuk ahli keluarga.

#7. Mee kari

pilihan makanan hari raya

Sedapnya! Ni lagi satu menu yang anda boleh sediakan ketika hari raya. Bahan-bahannya pun senang dan boleh dimasak dalam kuantiti banyak.

Ia juga adalah makanan yang paling selamat. Bayangkan jika ada ahli keluarga yang datang sampai dari jauh, mereka mesti akan ‘simpan stok’ dalam perut. Jadi, ini antara menu yang akan dicapai.

#8. Soto

Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

Biasanya orang-orang Johor sangat suka menu ini. Rasanya sedap dan kos pun tidak mahal. Juadah ini boleh disediakan dalam portion yang banyak.

Kuah soto tu pulak boleh dinikmati bersama nasi impit, mee kung dengan mee hun. Makan pula dengan sambal kicap power, mesti tetamu akan suka!

#9. Nasi minyak

Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

Siapa kata nasi minyak hanya dapat waktu majlis perkahwinan sahaja? Ia merupakan salah satu menu wajib hari raya juga tau!

Bagi sesiapa yang tidak mahu makan lemang dan ketupat, boleh cuba makan rendang atau lauk lain seperti ayam merah bersama dengan nasi minyak. Kelazatannya tidak boleh ditandingi dengan menu nasi lain.So sedap!

BACA:Aku hairan betul dengan pak mertua, dia suka sangat peluk dan cium aku, lagi mencurigakan dia tak buat dengan menantu lain”