Menu makanan bersalut ’emas’ di restoran curi tumpuan netizen

Menu makanan bersalut ’emas’ di restoran curi tumpuan netizen.Sebuah restoran di Dubai menjadi tular dalam internet selepas memperkenalkan menu baharu bernama ’22-carat Gold Vada Pav’ dalam Instagram rasminya.

Hidangan itu dijual dengan harga 99 dirham (RM112).

Bagi menyediakan hidangan itu, vada diisi dengan truffle mentega dan keju, sebelum dicelup ke dalam adunan yang kelihatan seperti cecair berwarna emas.

Kemudian, hidangan itu digoreng dalam kuali dengan minyak panas.

Menu

Vada Pav dihidangkan bersama keledek goreng dalam kotak kayu mewah dan minuman mint lemonade yang diisi dalam gelas tinggi.

“Kami sangat gembira mengumumkan pelancaran menu baharu pertama di dunia,” kata syarikat itu.

Berita Penuh:https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/restoran-dubai-tular-selepas-perkenalkan-menu-bersalut-emas/

BACA: Amat memalukan jika Hadi terima pelantikan Duta Khas ke Timur Tengah