Menu ‘Azizah’ lagi murah dari Rahmah, tak masuk akal tengok harga makanan kedai ni. Hanya berbekalkan RM1, pelanggan di gerai Pasar Tasek Raja, Pasir Mas dapat menikmati empat biji kuih muih yang menyelerakan.
Antara kuih yang dijual dengan harga sedemikian adalah donut, pisang goreng, karipap, roti sardin, cekodok dan cucur badak.
Pemilik gerai, Azizah Salleh turut menjual menu sampingan seperti bihun goreng, mee goreng dan kuey teow pada harga yang sama.
Menurutnya, dia telah mengekalkan harga yang sama sejak 22 tahun lalu namun dengan kuantiti berlainan berikutan kenaikan harga barang.
Kata Azizah, peningkatan harga terutama barang mentah telah menyebabkannya mengurangkan bilangan kuih dari lapan kepada empat ketul.
“Empat ketul kuih dengan harga RM1 masih dikira murah. Sebab itu ramai yang datang membeli kuih muih di sini setiap pagi.
“Alhamdulillah, saya berjaya membesarkan enam orang anak hasil menjual kuih muih dengan harga mampu milik ini,” katanya.
Azizah turut membantu orang lain dengan menjual pencuci mulut tradisional yang dibekalkan oleh orang kampung berdekatan.
Tambah Azizah, dia tidak akan menaikkan harga dalam masa yang terdekat kerana terdapat empat buah gerai di pasar itu yang menawarkan harga yang sama.
BACA:
Anu tersepit di zip seluar, budak sekolah mengerang sakit terus panggil ambulans