Menteri sahkan usul antilompat parti dibentang dalam sidang kali ini

Menteri sahkan usul antilompat parti dibentang dalam sidang kali ini. Kerajaan bersetuju membentangkan usul antilompat parti yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata usul itu sudah dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat bagi dibentang.

Menteri sahkan usul antilompat parti dibentang dalam sidang kali ini

“Usul Pengerang sudah dinaikkan dalam aturan mesyuarat dan kerajaan sudah mengambil kira untuk juga melihat sama ada untuk mengikut usul itu.

“Kita sudah kaji undang-undang dan kes-kes yang sudah berlaku dulu dan kita mengetahui perkara yang kita perlu buat.

“Tetapi makna lompat ini, definasinya belum dibuat. Banyak kesan dia nanti,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sesi penggulungan usul menjunjung kasih Titah Diraja peringkat Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Sementara itu, ditanya mengenai sama ada kerajaan bersetuju menggubal Akta Anti-Lompat Parti, Wan Junaidi berkata: “Pendirian kerajaan, kita akan wujudkan undang-undang ini. Sama ada ia menjadi satu jenayah akan kita lihat dalam draf undang-undang itu nanti.”

Sebelum ini, Azalina mengemuka notis cadangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk dibentang ke Dewan Rakyat.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/usul-antilompat-parti-dibentangkan-pada-sidang-kali-ini-wan-junaidi-321461

BACA JUGA : Marikh dulu penuh air kini kering kontang, ini puncanya

COMMENTS

Wordpress (0)