Menteri sahkan 200,000 pekerja asing dibenarkan masuk Malaysia

Menteri sahkan 200,000 pekerja asing dibenarkan masuk Malaysia

Menteri sahkan 200,000 pekerja asing dibenarkan masuk Malaysia. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menegaskan isu kekurangan pekerja di ladang sawit tidak sepatutnya timbul kerana kerajaan sudah membenarkan pengambilan 200,000 tenaga buruh asing, terutama dari Indonesia.

Katanya, isu pekerja Indonesia dalam sektor perladangan sudah diselesaikan dan majikan dibenarkan mengambil mereka bekerja.

“Sektor perladangan sawit mahukan pekerja Indonesia kerana kemahiran mereka. Kini, terpulang kepada majikan, mereka hanya perlu bayar levi dan ikut syarat-syarat ditetapkan untuk bawa masuk pekerja asing, tiada masalah. Kementerian sudah benarkan kemasukan pekerja asing ini,” katanya kepada BH, semalam.

Dalam laporan muka depan semalam, BH memetik Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman, berkata isu kekurangan pekerja dalam sektor perladangan, terutama kelapa sawit menyebabkan kerugian mencecah RM28 bilion tahun ini.

Kata Abdul Latif lagi, masalah kekurangan pekerja asing akan diselesaikan menerusi campur tangan jangka pendek dan panjang yang berkesan dengan tindakan segera daripada pemegang taruh diperlukan bagi mempercepatkan proses membawa masuk 32,000 pekerja asing dari Indonesia.

Menteri sahkan 200,000 pekerja asing dibenarkan masuk Malaysia

Ditanya sama ada isu penempatan pekerja menyebabkan majikan menghadapi masalah mengambil pekerja asing, Saravanan berkata, ia boleh diselesaikan dengan majikan membuat aku janji menyediakan kemudahan berkenaan.

“Kita akan memantau isu penempatan pekerja ini. Yang belum ada kemudahan, majikan kena buat aku janji dan berusaha sediakan. Majikan kena patuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446 jika mahu bawa masuk pekerja asing. Saya rasa tiada masalah.

“Dalam isu ini, saya rasa bukan soal penempatan pekerja. Kita sudah benarkan (ambil pekerja asing) sejak April, ikut keperluan sektor yang memerlukan. Berapa (jumlah pekerja asing) dimahukan majikan, itu yang diluluskan, bayar saja levi, pekerja dibenarkan bekerja,” katanya.

BACA:

Rupanya ternak ayam di rumah sendiri boleh kena saman

Bantuan Khas RM600 dibuka untuk permohonan

Perodua Alza 2022 sedia ambil tempahan, ada 3 varian bermula RM69,000

CATEGORIES