Menteri Pas dakwa bilangan MP masih cukup

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang masih sah dan mempunyai bilangan ahli Parlimen yang mencukupi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin menegaskan walaupun Ahli Parlimen Machang dari BN Ahmad Jazlan Yaakob menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, kedudukan kerajaan tidak terjejas.

“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat dia itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.

“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang. Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, di Permaisuri, hari ini.

Semalam Ahmad Jazlan mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, selepas meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal bulan ini.

Pada masa ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen berikutan kematian dua ahli Parlimen iaitu Hasbullah Osman (BN-Gerik) dan Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi).

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/558359

COMMENTS

Wordpress (0)