Menteri nafi larangan rentas daerah sempena Aidilfitri seperti tular

Menteri nafi larangan rentas daerah sempena Aidilfitri seperti tular

Dakwaan larangan rentas daerah berkuat kuasa lima hari sebelum dan selepas Aidilfitri yang tular di media sosial adalah berita palsu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang bakal diumumkan adalah berkaitan sambutan semasa Aidilfitri.

“Itu (larangan rentas daerah) adalah berita palsu. Saya pun dah kata prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri akan saya umumkan tentang sambutan sewaktu Aidilfitri.

“Iaitu tentang solat Aidilfitri, aktiviti kunjung mengunjung, menziarahi tanah perkuburan manakala tentang rentas daerah tidak dibenarkan itu, tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.

Dalam pada itu, ditanya mengenai jumlah kompaun dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Kelantan yang mengundang perdebatan netizen, beliau berkata, ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan sudah beri penjelasan bahawa saman tersebut adalah keterlaluan.

“Tetapi yang bersalah boleh buat rayuan kepada KKM untuk pengurangan. Bagi saya, walaupun di luar bidang kuasa, saya rasa perkara itu tidak patut berlaku kerana hukuman itu terlalu tinggi,” katanya
Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/135758/KHAS/Covid-19/Dakwaan-larangan-rentas-daerah-sempena-Aidilfitri-tidak-benar

COMMENTS