Menteri dan Timbalan seramai 69 angkat sumpah esok

MP

Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.

Turut dijangka berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu, istiadat dijadual bermula jam 2.30 petang itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Menteri dan Timbalan seramai 69 angkat sumpah esok

Kesemua mereka diumum sebagai ahli pentadbiran negara oleh Ismail Sabri Jumaat lepas, tujuh hari selepas dia mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di hadapan Seri Paduka 20 Ogos lepas.

Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan ahli parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Menamakannya ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’, perdana menteri berkata senarai ahli pentadbiran baru itu merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan ‘Keluarga Malaysia’.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/589129

BACA JUGA : Guru cabul murid hanya didenda RM20 ribu, aktivis zahir kerisauan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)