Menteri beri bayangan kerajaan akan benarkan penggunaan ketum untuk perubatan. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata, Kabinet tiada halangan untuk membenarkan penanaman ketum dan hem bagi tujuan perubatan.
Tetapi, katanya, Kabinet meminta pihaknya berbincang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung cara meluluskan tanaman itu.
Beliau berkata, pihaknya yakin selepas proses itu dilakukan, Kabinet akan meluluskan ketum dan hem untuk tujuan perubatan tidak lama lagi.
“Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan cerah, terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam bidang perubatan. Sekali lagi saya ingin ingatkan ini bukan lulus untuk minum air ketum, sebaliknya untuk tujuan perubatan.
“Masyarakat jangan salah faham, kita luluskan ketum bukan untuk minum, tetapi untuk jual kerana ketum dan hem dapat permintaan tinggi di luar negara,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Zahidi berkata, kebenaran menanam ketum untuk tujuan komersial dapat membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup kerana proses tanaman itu lebih mudah.
Katanya, ketum yang hanya memerlukan angin, matahari serta tanah tanpa baja, mempunyai permintaan cukup tinggi di luar negara.
Tonton video di sini.
Beliau berkata, negara juga memerlukan penanaman hem selepas minyak sawit diboikot atas dakwaan penebangan pokok dan perubahan iklim yang menyebabkan karbon dioksida tidak seimbang.
“Hem adalah sebahagian daripada program kredit karbon, yang mana ia boleh menukar karbon dioksida kepada oksigen sebanyak tiga kali ganda. Jadi, kita boleh menolak balik tuduhan itu dengan penanaman hem.”
Pada 12 April lalu, Kaukus Medical Cannabis dilaporkan berkata, isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum akan dibincang serta diperhalusi dalam mesyuarat Kabinet.
Kaukus itu berkata, nilai pasaran industri itu mencecah RM60 bilion dan lebih 40 negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kaukus itu turut membangkitkan isu berkaitan rakyat negara ini yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah atas penggunaan ganja untuk perubatan.
Katanya, Ismail memberi respons positif berhubung isu berkaitan industri berkenaan.
Baru-baru ini, Khairy dilaporkan berkata, kementeriannya sedia bekerjasama dengan pemain industri atau kumpulan akademik bagi mengkaji penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan.
TONTOn :
BAca:
Pos Laju umum tarikh akhir pos barang sebelum Hari Raya
Pakar Psikologi beri amaran, jangan sebut 10 bahasa dosa ini depan anak-anak!