Menjelang kebenaran rentas negeri, LPT2 jangka jumlah kenderaan naik mendadak

Syarikat konsesi lebuh raya, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Sdn Bhd menjangkakan pertambahan trafik antara 38,000 sehingga 45,000 kenderaan sehari apabila perjalanan rentas negeri dibenarkan, sedikit masa lagi.

Pengurus Perniagaan Wilayah LPT 2 Suhaimi Saat berkata, selepas sekian lama berdepan sekatan akibat penularan pandemik Covid-19, orang ramai pasti tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman atau melancong bagi melepaskan tekanan.

Sehubungan itu, pihaknya melakukan persiapan rapi merangkumi aspek keselamatan dan kemudahan bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman perjalanan yang selesa sekali gus tiba dengan selamat ke destinasi masing-masing.

Menjelang kebenaran rentas negeri, LPT2 jangka jumlah kenderaan naik mendadak

GAMBAR HIASAN

“Pasukan penyelenggaraan dan kakitangan perkhidmatan pelanggan yang ditempatkan di laluan tertentu di sepanjang 184 kilometer lebuh raya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Malah, semua kemudahan awam di kawasan lima Hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah LPT 2 sentiasa dibersihkan mengikut jadual yang ketat untuk menjamin keselesaan pengguna dan ia adalah sebahagian komitmen jangka panjang LPT 2,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suhaimi berkata, bagi meningkatkan aspek keselamatan pengguna, pihaknya juga menjalin kerjasama dengan pasukan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan penguatkuasaan di sepanjang lebuh raya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua pengguna supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19 ketika berada di kawasan R&R dan hentian sebelah.

“Sila patuh kepada arahan supaya melakukan imbasan MySejahtera, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal apabila berada di R&R dan hentian sebelah.

“Dengan pertambahan kenderaan, pastinya keadaan akan menjadi sesak dan amat penting untuk orang ramai mematuhi SOP demi kebaikan bersama,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/764611/lpt2-jangka-kenderaan-bertambah-apabila-rentas-negeri-dibenarkan

BACA JUGA : Audio kritik Hadi : Mokhtar Senik beri nasihat kepada ahli

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Menjelang kebenaran rentas negeri, LPT2 jangka jumlah kenderaan naik mendadak […]