Menjawab Mufti Perlis : Menentang scam poligami bukan bermakna menentang poligami

Menjawab Mufti Perlis : Menentang scam poligami bukan bermakna menentang poligami

Menentang scam poligami bukan menentang poligami

Bila saya baca pendedahan Mona Din tentang poligamiscam (sebanyak 10 siri penulisan dlm FB beliau), saya terpaksa setuju dan bersama dengan beliau.

Saya tidak bersama kawan lama saya yg mengecam Mona Din secara terbuka dlm satu forum TV kerana Mona Din dikatakan membuat kenyataan palsu kerana kes kakaknya dirujuk dalam status FB beliau sebagai kawannya. Menyembunyikan identiti mangsa scam adalah satu keperluan, kerana tajuk aduan ialah pemalsuan tandatangan mangsa utk berpoligami, bukan siapa sebenarnya yang dimangsakan.

Saya dapati kawan lama saya itu sudah membuat aksi twist dan spin untuk memperlihatkan kononnya Mona Din anti poligami yang dihalalkan syarak, sedangkan Mona Din tidak pernah memgecam poligami, sebaliknya beliau mendedahkan aktiviti scam poligami yang melibatkan suami sahabatnya (didedahkan oleh kawan lama saya sebagai ‘kakaknya’) dengan kerjasama daripada banyak pihak pentadbiran Islam yang sepatutnya mengamalkan amanah dan integriti dalam menjalankan tugas.

Tindakan kawan lama saya itu adalah satu bentuk serangan peribadi terhadap Mona Din untuk membangkitkan kebencian awam terhadapnya (spt kebencian terhadap Sisters in Islam sebagai musuh Islam, walaupun ada juga kebenaran pada sebahagian pendirian atau kritikan SIS terhadap institusi Islam)

Kita doakan usaha2 rakyat marhaen seperti Mona Din untuk mendapatkan keadilan dan membawa para pengkhianat amanah ke muka keadilan diberkati dan mendapat sokongan semua, walaupun kawan lama saya itu boleh berhubung secara peribadi dengan The Official 1 negara ini.

Dengan ugutan2 yang diterima oleh Mona Din dan teamnya serta serangan terhadap YAA Dato Dr. Naim yang cuba menegakkan keadilan tidak mematahkan semangat rakyat marhaen untuk terus berjuang membongkar korupsi golongan yang disangka suci. –FB