Menitis air mata Yusof Haslam, rayu Sarah dan Syamsul pertahan rumah tangga

Menitis air mata Yusof Haslam, rayu Sarah dan Syamsul pertahan rumah tangga

Menitis air mata Yusof Haslam, rayu Sarah dan Syamsul pertahan rumah tangga. Baru-baru ini kecoh apabila pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana apabila membuat pendedahan rumah tangga yang dibina diganggu oleh pihak ketiga.

Malah sempat timbul juga dakwaan lain mengatakan suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi namun tiada sebarang kenyataan boleh disahkan.

Saya tak boleh cakap itu benar ataupun tidak…Saya harap benda tu tak jadi kenyataan

Menerusi temubual bersama pihak rancangan ‘Melodi TV3’, Datuk Yusof Haslam selaku bapa kepada pelakon lelaki berkenaan berkeras tidak boleh memberikan komen apa-apa tentang desas-desus perkahwinan bersama ‘orang ketiga’ tersebut. Jelasnya, tak dinafikan berita sensasi yang sedang heboh kini membuatkannya juga terasa namun sebagai orang tua hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak serta menantu.

Menitis air mata Yusof Haslam, rayu Sarah dan Syamsul pertahan rumah tangga

Mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat, kalau boleh pertahankan rumah tangga…Semoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang

Walau bagaimanapun, jauh di sudut hati beliau berharap segala ‘gosip’ tersebut tidak menjadi kenyataan kerana cukup sayangkan rumah tangga Syamsul dan juga Sarah.

@ecahwady Air mata seorang ayah 😭😭 #samsulyusof #fyp #tv3 ♬ original sound – ecahwady

Setakat ini, hubungan anak beranak tersebut difahamkan masih lagi dalam keadaan baik. Datuk Yusof juga tetap dengan pendirian enggan beri komen menyebelahi sesiapa dan selesa untuk ‘tutup mulut’ sahaja.

Namun pengarah filem tersebut mula sebak apabila tinggalkan pesanan supaya menantunya Sarah terus kuat dan pertahankan rumah tangga selagi boleh.

BACA:

Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun

“NFT hanyalah satu penipuan” – Bill Gates

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Menitis air mata Yusof Haslam, rayu Sarah dan Syamsul pertahan rumah tangga […]