Menitis air mata netizen lihat video Shuib pujuk anak-anak

air mata

Menitis air mata netizen lihat video Shuib pujuk anak-anak. Jangan sedih-sedih daddy ada. Selagi hidup, daddy akan pastikan anak-anak daddy jadi insan hebat, soleh dan solehah.”

Demikian kata pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu kepada anak-anaknya selepas mereka dilihat menangis mengenangkan pemergian ibu tercinta, Siti Sarah Raissuddin pada Isnin.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dalam kemas kini di InstaStory malam tadi juga dilihat cuba memujuk dan menenangkan dua anaknya Uwais Alqarni, 10, dan Dzahira Talita Zahra, 8.

Menerusi video yang dikongsi, Uwais yang juga anak sulung kepada pasangan itu kelihatan berkali-kali mengesat air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui ibunya sudah pergi buat selama-lamanya.

“Daddy kalau rindu ibu, daddy tengok Uwais saja,” ujar pengasas jenama minuman Bubble Bee.

 air mata

 

 

Sementara dalam sebuah lagi video, anak kedua Shuib kedengaran berkata: “Memang dia (Siti Sarah) ada di rumah ini tetapi kita tak nampak. Dekta (panggilan manja Talita) rindu dia.”

Semakan juga mendapati video tersebut dikongsi di media sosial, dan ia mengundang sebak dalam kalangan warganet.

Antara yang turut memuat naik semula rakaman tersebut ialah Instagram era.je.

Semalam Astro AWANI melaporkan Shuib masih belum berkongsi berita sedih itu kepada anak-anaknya, dan akan berbuat demikian sebaik selesai urusan pengebumian Siti Sarah.

Selain Uwais dan Talita, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah turut dikurniakan dua orang lagi cahaya mata iaitu Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

Siti Sarah, 36, meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi Jumaat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan COVID-19.

Allahyarham dikejarkan ke hospital berkenaan sejak Rabu selepas tahap oksigen dalam tubuhnya menurun dan terpaksa ditidurkan untuk melahirkan anak keempatnya, Ayash melalui pembedahan pada Jumaat lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan sekitar pukul 1.38 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, semalam.
Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-hiburan/jangan-sedihsedih-daddy-ada-video-shuib-pujuk-anakanak-undang-sebak-313269

BACA: Panas !!! 12 lagi MP sah hantar surat akuan tolak Muhyiddin kepada Agong

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)