Meninggal dunia seorang diri sudah lebih 4 hari, mayat lelaki 41 tahun ditemui

Purata

Mayat seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada empat hari lalu ditemukan di pangsapuri City Height, Kajang pada jam 9.24 pagi Rabu.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, pihaknya yang tiba sejurus menerima laporan mendapati pintu kediaman mangsa telah terkunci dari luar.

“Pintu rumah didapati telah terkunci dari luar dan setelah berjaya dibuka didapati seorang lelaki berusia 41 tahun telah meninggal dunia.

Meninggal dunia seorang diri sudah lebih 4 hari, mayat lelaki 41 tahun ditemui

Mayat mangsa ditemui di atas kerusi di kawasan ruang tamu rumah berkenaan, menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis. – Foto JBPM

“Mayat ditemui berada di atas kerusi di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, anggota bomba terpaksa menggunakan beberapa peralatan bagi tujuan membuka pintu rumah berkenaan yang turut dibantu pihak polis.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Tan Chu Huang itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-lelaki-dipercayai-meninggal-dunia-lebih-empat-hari-ditemukan-terkunci-315956

BACA JUGA : Panas !!! Tak dilantik TPM, Faizal luah rasa hati…..

COMMENTS

Wordpress (0)